• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak 12 Tahun Lebih Genius Dari Albert Einstein, Stephen Hawking

oleh AK-47
06/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALBERT Einstein dan Stephen Hawking dikenali di seluruh dunia sebagai manusia genius namun siapa sangka, kedua ilmuan tersebut kini kalah di tangan seorang budak perempuan.

Nicole Barr, 12, dari Harlow, Essex, England mencatat nilai IQ 162 dalam satu ujian yang dijalankan Mensa International. Keputusan itu merupakan dua kali ganda lebih tinggi berbanding nilai IQ Einstein dan Hawking.

Mensa adalah organisasi tertua dan terbesar di dunia yang dianggotai kira-kira 110,000 manusia yang memiliki IQ paling tinggi di seluruh dunia.

8 peratus daripada anggota Mensa berusia di bawah 16 tahun dan 35 peratus daripada jumlah itu adalah perempuan.

Keputusan ujian terbaharu ini memasukkan Nicole ke dalam senarai manusia paling cerdas di dunia yang hanya berjumlah 1 peratus daripada seluruh populasi di bumi.

Ibu Nicole, Dolly Buckland, 34, berkata anaknya itu seorang yang rajin belajar dan tidak pernah ponteng sekolah.

“Sejak kecil dia sering mengesan kesalahan dalam buku atau majalah. Dia juga seorang yang ceria dan selalu meminta kerja sekolah tambahan,” kata Dolly.

Nicole merupakan penuntut di Burnt Mill Academy di Harlow dan mempunyai hobi membaca, menyanyi dan berdrama. Dia bercita-cita untuk menjadi doktor satu hari kelak.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Tags: geniusIQ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Genius Masuk UM Pada Usia 12 Tahun

Budak Genius Masuk UM Pada Usia 12 Tahun

28/09/2024
0

SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak mencatat sejarah apabila menjadi pelajar termuda pernah mendaftar masuk ke Universiti Malaya sejak penubuhannya pada...

Nagaentran IQ Rendah Bukan OKU Intelek – Pihak Berkuasa S’pura

28/04/2022
0

Pihak berkuasa Singapura sekali lagi mempertikaikan bahawa Nagaenthran Dharmalingam seorang orang kelainan upaya (OKU) dari segi intelek dan membayangkan ia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd