• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GHB Perkenal Barisan ‘Ulama Luar Biasa’ Minggu Depan

oleh Ahmad Albab
05/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Gerakan Harapan Baru (GHB) akan mendedahkan barisan ulamanya sendiri yang disifatkan sebagai lain daripada yang lain minggu depan.

Setiausaha GHB Dr Dzulkefly Ahmad berkata pergerakan itu akan mempamerkan jenama ‘ulama inklusif’ pada seminar antarabangsa, Sabtu.

“Cendekiawan agama kita akan menyertai lebih daripada 200 ulama seluruh dunia menerusi program Nadwah Ulama yang dianjurkan oleh kami.

“Kita akan menunjukkan kepada pengkritik kami bahawa kita mempunyai barisan ulama mengagumkan yang tidak bersikap ‘judgmental’ dan tidak mempunyai sikap ‘saya lebih suci dan warak daripada kamu’,” kata beliau sambil menambah ulama yang menyertai kumpulan ini adalah moden, terbuka dan mudah didekati.

“Dengan mereka, kita boleh berbahas dan membincangkan isu-isu dengan mudah,” katanya.

Dr Dzulkefly berharap Pendaftar Pertubuhan (RoS) akan meluluskan pembentukan GHB sebagai sebuah parti baru tidak lama lagi.

Difahamkan GHB masih belum mengemukakan permohonan walaupun pengumuman bahawa parti baru itu akan dilancarkan bulan depan telah dibuat.

Dr Dzulkefly juga menolak pengumuman oleh PAS Selangor bahawa beberapa ahli-ahli yang didapati terlibat dalam GHB telah dipecat.

“Kami masih ahli PAS. Kami tidak menerima apa-apa surat mengatakan kami telah dipecat, “katanya.

Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata ahli GHB Selangor telah dipecat mengikut perlembagaan parti, yang menyatakan bahawa keanggotaan mereka yang menyertai parti-parti politik lain akan secara automatik ditamatkan.

Dr Dzulkefly berkata tanggungjawab itu terletak di bahu PAS untuk mengambil tindakan jika kepimpinan merasakan bahawa disiplin parti telah dilanggar.

Beliau juga mendakwa bahawa pemimpin-pemimpin PAS juga terbahagi dua berhubung tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang sealiran dengan GHB.

“Ada yang mahu tindakan tatatertib yang diambil terhadap kami manakala ada yang cuba untuk memujuk kami berhubung penubuhan sebuah parti baru.

“Malah ada beberapa orang yang mengancam kita. Mereka tidak bersatu mengenai perkara ini, “katanya.

Dr Dzulkefly juga mendakwa GHB telah mendapat momentum di perinkat bawahan untuk menarik kumpulan majoriti senyap.

“Roadshow kami mendapat sambutan yang baik,” katanya.

Beliau berkata sasaran GHB adalah majoriti senyap, terutama orang Melayu yang percaya dalam mengambil jalan tengah.

“Malah, bekas hakim pun menghadiri roadshow kami,” katanya. – mStar Online

 

https://www.youtube.com/watch?v=2yD_eknOoto

Tags: GHBulama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Ulama Berturut-Turut Satu Musibah

31/05/2021
0

PUTRAJAYA - Kematian ulama dianggap satu musibah terutama apabila berturut-turut seperti mana yang dapat disaksikan mutakhir ini.  Menteri di Jabatan...

Ulama Sepakat Tiada Had Rakaat Solat Tarawih

22/04/2020
0

PENAMAAN Ramadan Mubarak ini datang daripada hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: “Rasulullah SAW bersabda: Telah datang kepada kamu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd