• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belacan Kembang Tekak Di Bagan Serai

oleh Ahmad Albab
05/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bagan Serai – Dua premis memproses barang makanan di daerah ini diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perak, selepas pemeriksaan dilakukan jabatan terbabit hari ini, mendapati premis berkenaan kotor serta tidak mematuhi peraturan kebersihan yang ditetapkan.

Dalam operasi pemeriksaan yang dijalankan bermula 10 pagi tadi, premis yang menjalankan perniagaan memproses bawang dan kacang goreng serta premis memproses belacan itu diberikan notis arahan tutup dan tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh 14 hari.

Menurut Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Juwita Ghazali yang mengetuai operasi bersama 20 anggota dengan kerjasama Majlis Daerah Kerian, pemeriksaan dikedua-dua premis terutamanya kilang memproses belacan di Jalan Belacan Matang Gerdu, di sini, mendapati bukan sahaja persekitaran serta peralatan yang digunakan kotor, malah status logo halal pada kertas membungkus belacan turut diragui keasliannya.

“Selain status logo halal diragui, pemeriksaan pada kilang belacan ini juga ini menemui dua kertas bungkusan yang tertera alamat berbeza dimana selain dari alamat di sini, pihak kami juga menemui satu lagi bungkusan yang tertera nama syarikat yang beralamat di Langkap.

“Persekitaran premis terutamanya lantai kilang memproses belacan ini juga terlalu kotor dan mendapati bahan mentah yang dipercayai dibawa masuk dari Indonesia diletakkan di atas lantai,” katanya. – myMetro Online

 

Tags: makananstatus halal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

Guru Tadika Dijel Kerana Letak Detergen, Ubat Nyamuk Dalam Makanan Murid

19/02/2023
0

SEOUL – Seorang bekas guru tadika dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana meletakkan detergen dan bahan penghalau nyamuk ke dalam...

Dunia Kehabisan Makanan Tahun 2050

25/04/2022
0

WASHINGTON – Saintis-saintis memberi amaran bahawa dunia diramal kehabisan makanan dalam tempoh 27 tahun akan datang, lapor akhbar Daily Star...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd