• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jemput Muhyiddin Rasmi Mesyuarat, Hak Bahagian UMNO

oleh Ahmad Albab
02/08/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata adalah menjadi hak mana-mana bahagian parti itu untuk mengundang sesiapa sahaja pemimpin parti termasuk Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk merasmikan persidangan perwakilan bahagian berkenaan.

“Sama ada berminat untuk menjemput atau tidak, itu adalah hak bahagian tetapi pucuk pimpinan tertinggi parti berkata tiada sekatan bagi mana-mana bahagian untuk menjemput beliau (Muhyiddin),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Batu, di sini, Ahad.

Hishammuddin mengulas tindakan beberapa bahagian UMNO yang membatalkan hasrat untuk mengundang Muhyiddin sebelum ini bagi merasmikan persidangan perwakilam bahagian berkenaan.

Tindakan membatalkan undangan itu berlaku selepas pengguguran Muhyiddin daripada senarai Kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Julai lalu.

Dalam susunan Kabinet baru itu, jawatan Timbalan Perdana Menteri disandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan turut melahirkan keyakinan bahawa isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dapat diselesaikan pada hujung tahun ini.

“Semuanya berkisar pada masa. Yang penting kita harus rasionalisasi dalam penstrukturan semula 1MDB, biar ada tadbir urus dan akauntabiliti dalam penyiasatan.

“Dan kita hadapkan individu yang bersalah ke mahkamah tetapi semuanya perlukan masa. Kita biarkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjalankan siasatan dan jangan mengganggu mereka dengan menyerang dalam media sosial,” katanya. – BERNAMA

Tags: Hishammuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mempertahankan kawasan Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari...

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

12/11/2022
0

PRU15 | Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd