• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut, 5 Cedera Dalam Kemalangan Di Baling

oleh Ahmad Albab
02/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALING – Seorang wanita dan dua anaknya maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di KM44.3 Jalan Baru Baling, berhampiran Kampung Balik Angin, Kuala Ketil malam tadi.

Ketua Polis Baling Supt Mat Daud Mat Hasan berkata dalam kejadian pukul 10 malam itu, Rubiah Abu Hassan, 59, dan dua anaknya Mohamad Tanizi Hamid, 36, dan Nur Shafiqah Hamid, 19, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

“Ketiga-tiga mereka menaiki kereta Proton Wira bersama tunang Mohamad Tanizi, Zubaidah Ahmad, 36, yang cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Semua jenazah mangsa telah dihantar ke Hospital Baling untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Mat Daud berkata ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Kulim ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda dari arah Baling ke Bukit Mertajam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu pacuan empat roda terbabit tidak menyedari bahawa jalan yang dilalui sedang dalam pembinaan kerana keadaan gelap selain tidak mempunyai papan tanda amaran.

“Pemandu pacuan empat roda itu tidak menyedari keadaan sebenar jalan dan telah memasuki jalan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dinaiki keluarga tersebut,” katanya.

Pemandu pacuan empat roda, Said Abdullah, 63, serta penumpang kenderaan itu, Salmah Din, 57, Che Minah Ahmad, 68, dan Nurul Zuliana Ramli, 20, cedera dalam kejadian itu dan dirawat di Hospital Baling sebagai pesakit luar, katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Nur Hafizah Muhammad Lukman berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.23 malam dan tiba di lokasi kira-kira 30 minit kemudian. – BERNAMA

 

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd