• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1.271 Juta Dicuri Daripada Enam Mesin ATM Affin Bank

oleh Ahmad Albab
30/09/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah RM1.271 juta dicuri daripada enam Mesin Teler Automatik (ATM) kepunyaan Affin Bank Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad di Johor, Melaka dan Selangor, menurut kenyataan Affin Bank hari ini.

Kenyataan itu menyebut mesin ATM itu diusik pada Sabtu lepas, mengakibatkan kecurian wang tunai daripada mesin berkenaan.

Mesin ATM terbabit terletak di Johor Baharu, Batu Pahat dan Taman Molek di Johor; Melaka Raya; selain PJ State dan USJ di Selangor, menurut kenyataan itu.

“Insiden itu telahpun dilaporkan dan bank bekerjasama rapat dengan polis dalam penyiasatan kes itu,” kata bank berkenaan.

Bank itu berkata data pelanggan bagaimanapun tidak diganggu atau dikompromi.

Sementara menunggu hasil siasatan polis, bank berkenaan segera menempatkan langkah kawalan tambahan di semua mesin ATM di cawangan dan di lokasi luar.

“Pihak bank mengadakan pemantauan rapi bagi memastikan pelanggan kami dapat meneruskan urusan perbankan mereka dengan selamat,” menurut kenyataan itu.

Laporan menyebut sekumpulan warga asing dipercayai menggunakan sim kad telefon dan peranti lain untuk menggodam mesin ATM itu.

Suspek dalam kes penipuan pengeluaran wang itu kelihatan seperti berketurunan Amerika Latin atau Timur Tengah.

Polis masih menyiasat insiden itu. – BERNAMA

Tags: curimesin ATM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

Empat Lelaki Mengaku Bersalah Curi Tabung Masjid Di Shah Alam, Tiga Dipenjara Enam Bulan

03/03/2026
0

SHAH ALAM – Empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

Tukang Rumah Mengaku Salah Curi Duit Tabung Masjid

07/09/2023
0

Kuala Terengganu : Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri duit tabung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd