• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Individu Ditahan Berhubung Laporan Berbaur Fitnah

oleh Ahmad Albab
01/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga individu, termasuk seorang lelaki berpangkat ‘Tan Sri’ iaitu bekas Ahli Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung laporan berbaur fitnah oleh Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua lagi adalah seorang wanita, yang bertugas sebagai ahli Sekretariat Kewangan dan Pentadbiran Amla (Special Task Force) Jabatan Peguam Negara dan seorang lelaki, yang bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya SPRM yang dipinjamkan dari Jabatan Peguam Negara.

Beliau berkata ketiga-tiga mereka ditahan awal pagi ini.

“Pihak polis telah merakam percakapan ketiga-tiga mereka berhubung laporan berbaur fitnah yang dibuat oleh Clare Rewcastle Brown, Pengarang Sarawak Report tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata siasatan polis turut menjurus kepada isu kebocoran maklumat rasmi kerajaan, yang disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu.

Khalid berkata beberapa pegawai dari Bank Negara Malaysia dan bank komersial akan turut dipanggil untuk membantu siasatan polis.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan dengan telus dan adil.- BERNAMA

Tags: khalid abu bakarSarawak Report
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Editor Sarawak Report

23/09/2021
0

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report kerana gagal menghadirkan diri...

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd