• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakistan Perkenal Mangga Berkualiti Tinggi

oleh Ahmad Albab
01/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mulai bulan ini, rakyat Malaysia berpeluang menikmati keenakan mangga Pakistan, tanpa perlu berbelanja besar untuk ke negara itu.

Mereka boleh berbuat demikian berikutan langkah Suruhanjaya Tinggi Pakistan mengadakan ‘festival mangga’ untuk memperkenalkan keistimewaan mangga negara itu di pasaran Malaysia.

Festival itu dilancarkan di Sunway Giza hari ini, yang melibatkan penyertaan 30 pasar raya di Lembah Klang, termasuk Econsave, Aeon, Giant dan Mydin, dan selepas ini, di Pulau Pinang pula.

Sambil menjelaskan bahawa buah itu akan dijual pada harga berpatutan dan berdaya saing, Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia, Syed Hasan Raza berkatapendekatan strategik ini diambil bagi meningkatkan kesedaran pengguna di Malaysia tentang ‘kualiti istimewa’ yang dimiliki mangga Pakistan.

Dalam temu bual dengan Bernama pada Jumaat malam selepas memperkenalkan buah itu kepada para tetamu di sebuah hotel di sini, beliau berkata mangga Pakistan, yang bermusim antara Mei hingga September, terdiri daripada pelbagai jenis dan boleh dinikmati keenakannya melalui pelbagai cara.

“Setiap tahun, Pakistan menghasilkan hampir dua tan mangga dan merupakan negara pengeluar keenam terbesar dunia.

“Sejak dua tahun lepas, kami memperkenalkan pelbagai jenis mangga, termasuk mangga ‘Sindhri’, dan kali ini, mangga ‘Chaunsa’ pula, kepada rakyat Malaysia.

“Sekiranya kami dapat membawa kesemua jenis mangga kami ke Malaysia, sayayakin kami akan dapat mengeksport dengan mudah 10,000 hingga 15,000 tan mangga ke negara ini,” katanya.

Syed Hasan berkata sejak beberapa tahun lepas, kualiti buah-buahan yang dihasilkan Pakistan, terutama mangga, bertambah baik hasil kerjasama negara itu dengan Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Menurut laporan dalam laman sesawang The Express Tribune, para pengeksport di Punjab, Pakistan, mengeksport sejumlah 91,700 tan mangga tahun lepas dan 82,000 tan pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata perkara itu menunjukkan bahawa jumlah mangga yang dieksport Pakistan, terus meningkat walaupun Kesatuan Eropah membuat pemantauan rapi tentang kualiti buah-buahan. – BERNAMA

https://youtu.be/FOX8wXTYj80

Tags: mangga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MAQIS Tahan Kemasukan Mangga Dari Thailand

MAQIS Tahan Kemasukan Mangga Dari Thailand

13/12/2023
0

PASIR MAS: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kelantan menahan kemasukan konsainan buah mangga dari Thailand kerana dikesan mempunyai...

Mangga Paling Berat Di Dunia

04/05/2021
0

BOGOTA - Pasangan petani di Colombia mencipta sejarah apabila berjaya menghasilkan mangga paling berat di dunia. Penat lelah German Orlando...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd