• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Terus Cari Opsyen Tuntut Keadilan Mangsa MH17

oleh Ahmad Albab
01/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia berikrar untuk terus mencari opsyen bagi membawa pihak yang bertanggungjawab dalam perbuatan menembak jatuh Penerbangan MH17 Malaysia Airlines, ke muka pengadilan.

Ikrar itu disuarakan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berikutan tindakan Rusia menggunakan kuasa vetonya menghalang draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) pada Rabu mengenai penuhuhan sebuah tribunal antarabangsa ad hoc untuk mendakwa mereka yang terlibat dengan perbuatan itu.

Beliau berkata antara opsyen yang ada bagi Malaysia ialah menggunakan sistem undang-undang hibrid dan yang terdapat di negara berkenaan bagi tujuan pendakwaan.

“Kami berpegang teguh dengan keazaman kami untuk memastikan pelakunya dipertanggungjawabkan tentang perbuatan mereka serta memastikan mangsa yang menaiki MH17 mendapat keadilan,” katanya pada taklimat media menjelang berlangsungnya Mesyuarat Menteri Luar ASEAN (AMM) ke-48 dan Mesyuarat Berkaitan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

“Kami telah membincangkan opsyen ini dengan panjang lebar, tetapi belum membuat keputusan, mekanisme mana (yang akan digunakan),” kata beliau.

Anifah, bagaimanapun berkata beliau sedar tentang kerumitan yang akan dihadapi dalam melakukan pendakwaan.

Beliau menyeru masyarakat antarabangsa supaya terus memberi sokongan kepada Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) mengenai nahas pesawat itu, yang meragut nyawa 298 anak kapal dan penumpangnya.

Rusia mengggunakan kuasa vetonya bagi menghalang draf resolusi cadangan penubuhan tribunal itu, walaupun 11 daripada 15 anggota UNSC mengundi menyokongnya. China, Angola dan Venezuela tidak mengundi.

Penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh berhampiran Donetsk di timur Ukraine. – BERNAMA

Tags: Anifah AmanMH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd