• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panda Menipu Mengandung Untuk Dapat Layanan Istimewa

oleh Ahmad Albab
03/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPEI – Aik….panda pun pandai menipu. Jangan terkejut apabila seekor panda di zoo Taiwan berjaya memperdayakan orang ramai dengan menipu konon mengandung untuk membolehkannya menerima layanan istimewa daripada pihak zoo.

Panda itu yang dikenali sebagai Yuan Yuan, pernah mendapat keistimewaan ditempatkan dalam bilik berhawa dingin, penjagaan sepenuh masa dan mendapat makanan buah-buahan segar serta buluh ketika mengandung pada 2013.

Susulan itu Yuan Yuan berkelakuan seolah-olah dia mengandung kali kedua bagi mendapatkan layanan sama.

Tanda fizikal yang disangka oleh pengurusan zoo bahawa Yuan Yuan mengandung adalah peningkatan selera makan, rahim menjadi tebal dan peningkatan kepekatan progestoran pada najisnya.

Keadaan itu sama seperti panda itu mengandung sebelum ini.

Namun selepas pakar dari China diterbangkan ke Taiwan, barulah mereka mengetahui bahawa Yuan Yuan tidak mengandung, berdasarkan kepada ujian ultrasound.

Menurut pakar, Yuan Yuan memahami perbezaan layanan yang diterimanya apabila mengandung dan ketika tidak mengandung.

Yuan Yuan dihadiahkan oleh kerajaan China kepada Taiwan pada 2008. Panda itu didatangkan berpasangan dengan Tuan Tuan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: panda
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Panda Zoo Negara Akan Kembali Ke China, Mei Ini

Panda Zoo Negara Akan Kembali Ke China, Mei Ini

31/03/2023
0

Orang ramai hanya memiliki tempoh kira-kira sebulan setengah untuk melihat aksi comel anak panda Yi Yi dan Sheng Yi di...

2 Anak Panda Nama ‘Bayi Salji’, ‘Buah Hati Yang Baik’

26/04/2018
0

DUA ekor panda gergasi telah berjaya dilahirkan pada Oktober tahun lalu dan baru sahaja diberi nama setelah enam bulan kelahirannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd