• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Justo: Akses Hanya Diberi Kepada Media

oleh Ahmad Albab
01/08/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Xavier Andre Justo, rakyat Switzerland yang dituduh cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International, dibenar menerima pelawat.

Dia dikunjungi banyak pelawat selain peguamnya, tetapi tidak dibenar berjumpa polis, kata ketua polis Thailand Somyot Poompanmoung.

Somyot berkata, peguam suspek berhak membawa sesiapa sahaja berjumpa Justo. “Jadi, seseorang pemberita mungkin boleh berjumpa Justo melalui peguamnya,” kata beliau apabila ditanya bagaimana The Straits Times Singapura boleh menemu bual Justo baru-baru ini, tetapi polis Malaysia tidak dapat berbuat demikian.

“Saya tidak tahu tentang perkara ini (temu bual dengan The Straits Times), tetapi sekiranya media pergi ke sana, mereka mungkin pergi dengan peguam suspek, dan polis tidak terlibat,” katanya.

Beliau berkata polis Malaysia tidak diberi akses untuk berjumpa Justo kerana dia bukan rakyat Malaysia dan tidak melakukan kesalahan di Malaysia.

Polis Malaysia perlu menggunakan saluran sewajarnya – melalui Kementerian Luar – untuk menyoal siasat Justo, kata Somyot.

Ketua polis itu berkata beliau dimaklumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 23 Julai bahawa berdasarkan pengamatan awalnya tentang keadaan ketika ini, adalah mustahil polis Malaysia akan dibenarkan menyoal siasat Justo.

“Sekiranya kerajaan atau polis Thailand membenarkan polis Malaysia menyoal siasat Justo, kami mungkin dikritik kedutaan Switzerland,” katanya.

Mengenai bilakah Justo akan dituduh di mahkamah, Somyot berkata perkara itu terserah kepada para pegawai penyiasat.

Justo berada dalam tahanan pihak berkuasa Thailand sejak 22 Jun. – BERNAMA

Tags: 1MDBpolisXavier Andre Justo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan BN Tumbang Hasil Kesepakatan Mahathir, Anwar, Muhyiddin – DAP Johor

Kerajaan BN Tumbang Hasil Kesepakatan Mahathir, Anwar, Muhyiddin – DAP Johor

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali mengimbau kejayaan Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional...

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

Najib 1MDB Dominasi Kempen PH, BN Angkat Prestasi Kerajaan Johor

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Memasuki beberapa hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beberapa isu utama mula mendominasi ceramah dan kenyataan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd