• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakar Laut Australia Kata Ia Mungkin MH370?

oleh
01/08/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

CANBERRA – Tahun lalu, seorang lelaki dilaporkan hilang ketika belayar dengan bot kecilnya akibat cuaca buruk di luar pesisir pantai negeri Australia Barat namun mangsa berjaya ditemui semula selamat lapan bulan kemudian.

Lucunya, dia ditemui masih hidup di Mayotte, sebuah pulau peranginan terkenal di bawah pentadbiraan Kerajaan Perancis di Lautan Hindi dan barat pulau Madagascar, kira-kira 7,400 kilometer dari tempat asal lelaki itu hilang.

Kisah keajaiban mangsa tersebut diimbau kembali pakar geologi marin di Universiti James Cook Australia di Brisbane, Robin Beaman apabila mengulas penemuan satu serpihan pesawat di Pulau Reunion pada lewat Rabu.

Media antarabangsa melaporkan serpihan dirujuk dalam bahasa kejuruteraan teknikal penerbangan sebagai flaperon itu kemungkinan besar berasal dari pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang tahun lalu.

Flaperon yang disahkan pihak berkuasa Perancis di pulau itu merupakan bahagian kecil sayap berfungsi sebagai pengemudi biasa digunakan untuk pesawat membelok ke kanan atau kiri selain waktu berlepas dan mendarat.

Embedded image permalink

Pasukan penyiasat Perancis berkata, flaperon itu dianggarkan berusia lebih setahun berdasarkan keadaan serpihan yang dipenuhi siput teritip akibat mungkin terdampar agak lama dan diserap air masin di dasar Lautan Hindi.

“Ini lautan cukup luas malah penuh bergelora tetapi kisah keajaiban lelaki tempatan itu boleh terdampar hanyut nun jauh di Mayotte mencetuskan minat ramai saintis marin bahawa tiada apa yang mustahil,” jelas Beaman.

Pandangan itu turut dipersetujui seorang lagi pakar oceanografi Universiti Western Australia di Perth, Profesor Charitha Pattiaratchi yang menegaskan penemuan tersebut selari dengan kajian pemodelan MH370 tahun lalu.

Berdasarkan unjuran pemodelan itu, saintis marin menganggarkan pesawat MAS tersebut dijangka kemungkinan besar mampu dibawa arus kuat lautan sehingga boleh menghampiri kawasan pelantar di timur benua Afrika.

“Secara kebetulan kira-kira 12 bulan lalu, kami ada membuat semula kajian pemodelan bagi menilai semula corak pergerakan bangkai pesawat antara 18 sehingga 24 bulan selepas ia hilang pada 8 Mac 2014,” kata Charitha.

Modelling of possible drift of MH370 wreckage by Prof Charitha Pattiaratchi, University of Western Australia.

Mengulas isu sama, profesor penerbangan di Universiti New South Wales di Sydney, Jason Middleton berkata, jika benar ia milik MH370, saintis antarabangsa bakal merungkai misteri kehilangan pesawat model Boeing 777 itu.

Justeru, penemuan serpihan tersebut akan memberi banyak petunjuk baharu bagaimana pesawat MAS itu boleh lenyap di Lautan Hindi sama ada ia sudah berkecai di udara atau hanya hancur ketika memasuki air laut.

“Untuk mencari lokasi tepat pesawat itu berada di Lautan Hindi mungkin agak sukar namun hasil forensik serpihan tersebut akan mendedahkan laluan MH370 sebelum ‘berkubur’ di titik terakhir,” ujar Middleton.

Pesawat MAS dengan nombor pendaftaran badan 9M MRO itu hilang ketika dalam penerbangan rutin dari KLIA, Sepang menuju ke Beijing, China dengan hubungan terakhir dikesan di sempadan antara Malaysia-Vietnam.

Kehilangan pesawat komersial yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dianggap sebagai kes paling misteri sepanjang zaman dalam sejarah industri penerbangan antarabangsa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Lautan HindiMASMH370Reunion
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd