• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Dikhuatiri Hilang, Helikopter Tentera Terhempas Di Laos

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Lebih 20 penumpang hilang selepas sebuah helikopter tentera di Laos terhempas akibat cuaca buruk awal minggu ini, demikian menurut kenyataan pihak berkuasa di sini, hari ini.

Kementerian Pertahanan berkata, nahas itu berlaku selepas 1 tengah hari (waktu tempatan) pada Isnin, ketika helikopter berkenaan dalam perjalanan ke wilayah timur laut Xiangkhouang dan Houaphanh, lapor agensi berita rasmi Laos, KPL.

“Helikopter itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Penerbangan tidak lama selepas ia meninggalkan Bandar Vientiane dengan empat anak kapal dan 19 penumpang,” menurut laporan itu. Pasukan penyelamat dikerah ke lokasi kejadian sementara carian udara dibatalkan berikutan keadaan cuaca yang buruk.

Sementara itu, Kementerian Luar Laos masih belum memberi maklum balas mengenai insiden itu. Negara komunis itu terkenal dengan sejarah keselamatan udara yang teruk dengan kedua-dua sektor awam dan tentera mengalami kemalangan maut baru-baru ini.

Pada Oktober 2013, kapal terbang awam yang dikendalikan Laos Airlines terjunam ke dalam Sungai Mekong berikutan cuaca buruk, membunuh semua 49 penumpang.

Pada Mei lalu, pesawat tentera terhempas ketika dalam perjalanan ke wilayah Xiangkhouang, meragut nyawa lima pegawai kanan termasuk Menteri Pertahanan negara itu. – AFP

https://youtu.be/hjozpvHDJ1E

Tags: helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

Rakyat Malaysia Maut Nahas Helikopter Di Kalimantan Barat, Identiti Disahkan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang rakyat Malaysia disahkan antara lapan mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Kalimantan Barat, Indonesia, semalam....

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

Rakyat Malaysia Maut Dalam Nahas Helikopter Di Filipina

03/03/2026
0

MANILA – Seorang rakyat Malaysia dilaporkan maut selepas sebuah helikopter yang dinaiki terhempas di kawasan lapang di Pililla, wilayah Rizal, kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd