• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Salleh Sedia Dengar Pandangan

oleh Ahmad Albab
29/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak berkata beliau sentiasa bersedia mendengar pandangan-pandangan membina dalam melaksanakan dasar-dasar kerajaan.

Ini, katanya, sejajar dengan konsep kepimpinan kerja berpasukan yang menggunakan pendekatan mendengar dan melihat apa yang terbaik agar rakyat dapat memahami dengan jelas dan menerima dasar-dasar kerajaan.

“Dalam bekerja kita tidak boleh bekerja seorang diri, kita kena melihat idea-idea di luar sana dan lihat bagaimana untuk memperbaiki keadaan,” katanya kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah jawatan sebagai anggota Dewan Negara di sini hari ini.

Upacara itu berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang di bangunan Parlimen.

Dr Mohd Salleh kemudian mengangkat sumpah jawatan dan kerahsiaan sebagai menteri persekutuan bersama beberapa anggota baru jemaah menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara di sini.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam pengumuman senarai Kabinet yang baharu menamakan Mohd Salleh sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang bertukar portfolio sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dalam reaksi awalnya semalam, Mohd Salleh berikrar untuk memastikan semua dasar di bawah kepimpinan Najib akan dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Beliau turut berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan kepadanya.

Pada upacara angkat sumpah jawatan sebagai anggota Dewan Negara pagi ini, Speaker dewan itu Abu Zahar dalam ucapannya meminta Mohd Salleh supaya memainkan peranan dalam menyatupadukan rakyat terutamanya dalam situasi negara yang dilihat bergelora sejak kebelakangan ini.

“Pengalaman dan ilmu YB (Yang Berhormat) semasa menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah menjadi perkara yang penting untuk dipraktikkan sebagai menteri,” katanya.

Sebelum ini, Mohd Salleh, yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, jawatan yang disandangnya dari tahun 2011. – BERNAMA

Tags: Salleh Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Keruak Tenang, Akur Keputusan PRU14

11/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai sesuatu ‘yang...

Berita Palsu: Salleh Bidas Sandiwara Pembangkang

04/02/2018
0

INI fakta…soal penyebaran berita palsu ini bukan hanya merisaukan mereka daripada parti pemerintah tetapi juga mereka daripada parti pembangkang. Lihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd