• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Ladang Maut, Motosikal Langgar Belakang Kereta

oleh Ahmad Albab
27/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Seorang pekerja ladang maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah kereta di Kilometer 75.5, Jalan Kota Tinggi-Kluang, dekat Kluang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata dalam kejadian pada 12.10 tengah malam itu, Mohamad Nor Helmy Ahmad Buhari, 19, dari Felda Ulu Penggeli, Kluang, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Motosikal yang ditunggang Mohamad Nor Helmy dan kereta tersebut dalam haluan sama iaitu dari arah Kluang menghala ke Kota Tinggi.

“Sampai di tempat kejadian, Mohamad Nor Helmy yang mengikut rapat kereta itu dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu melanggar bahagian belakang kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad berkata pemandu kereta tersebut, Mohd Sallehuddin Jalil, 32, dari Felda Bukit Tongkat, Kluang, bagaimanapun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Beliau berkata keadaan cuaca baik ketika kemalangan berlaku, namun, lokasi jalan lurus dua hala itu adalah gelap kerana tidak berlampu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd