• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kemas Kini Kertas Siasatan Kes Kebocoran Kertas UPSR

oleh Ahmad Albab
28/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis sedang memperkemaskan lagi kertas siasatan kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, ia selaras dengan arahan terbaru Jabatan Peguam Negara.

“Ada beberapa arahan baharu daripada Jabatan Peguam Negara untuk dilengkapkan … dan kita bagi tumpuan untuk lengkapkan siasatan tersebut,” katanya.

Tajudin berkata demikian pada sidang media sempena majlis Perhimpunan Khas Ketua Polis Kuala Lumpur bersama-sama Sukarelawan Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Pada minggu lepas, polis telah menyerahkan laporan siasatan kes berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara dan difahamkan laporan itu diserahkan semula kepada polis untuk tindakan lanjut.

Pada 10 September lepas, kertas peperiksaan subjek sains UPSR ditangguhkan setelah didapati bocor, dan sehari selepas itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris juga bocor. Ekoran itu tarikh baharu peperiksaan bagi dua kertas itu ditetapkan pada 30 September.

Isnin lepas, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan kertas peperiksaan subjek matematik dan Bahasa Tamil UPSR yang berlangsung pada 10 September dibatalkan setelah disahkan bocor.

Tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu ditetapkan pada 9 Oktober. – BERNAMA

Tags: UPSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd