• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Penunggang Motosikal Maut Dalam Kemalangan Berasingan

oleh Ahmad Albab
25/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Seorang remaja maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 371.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Bukit Besi, Sabtu pagi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu menyebabkan mangsa Wan Faqih Wazien Azeman, 22, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di keseluruhan badan dan patah paha serta kaki kanan.

Ketika kejadian mangsa yang merupakan penuntut German Malaysia Institut Bangi, Selangor bersama empat rakan dalam perjalanan untuk pulang ke kampus mereka selepas cuti hari raya.

Bagaimanapun sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal jenis Yamaha 125Z yang ditunggang mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah motosikal rakannya sebelum merempuh pembahagi jalan.

Susulan rempuhan kuat terbabit menyebabkan mangsa yang berasal dari Kampung Seberang Takir, Kuala Terengganu tercampak ke dalam longkang di tepi lebuh raya itu.

Sementara itu dalam kes berasingan konvoi kira-kira 30 buah motosikal berkuasa tinggi untuk mengadakan lawatan ke majlis sambutan hari raya di Kemaman berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 355.2 LPT2 dekat sini pagi ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.15 pagi itu menyebabkan Md Razi Ab Hamid, 39, berasal dari Felda Neram Satu, terbunuh di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Kawasaki ZX10 yang ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum merempuh besi pembahagi jalan sebelum tercampak ke atas jalan.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk dibedah siasat. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=fDSqkQ-9UTA

Tags: kemalangan maut
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd