• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Penunggang Motosikal Ditahan Di Setapak Kerana Positif Dadah

oleh Ahmad Albab
25/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lima penunggang motosikal lelaki warga tempatan ditahan dalam operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Genting Kelang, Setapak di sini malam tadi bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Dr Ismail Bakaring berkata kelima-lima lelaki itu berusia antara 26 dan 47 tahun didapati positif dadah melalui ujian saringan air kencing.

Beliau berkata mereka akan dirujuk kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

“Sekiranya didapati bersalah (memandu bawah pengaruh dadah), lesen memandu mereka akan dibatalkan,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi selepas meninjau Ops Bersepadu Siri Keempat itu.

Mengenai operasi itu, Ismail berkata JPJ mengeluarkan sebanyak 214 notis bagi kesalahan lalu lintas dan 10 kenderaan disita dalam operasi bermula 8 malam hingga 12 tengah malam itu.

Katanya sepanjang Ops bersepadu JPJ yang dilancarkan sejak 10 Julai lalu, JPJ telah membuat pemeriksaan terhadap 84,000 kenderaan pelbagai jenis dan sebanyak 5,300 orang didapati melakukan kesalahan memandu tanpa lesen dan daripada jumlah itu 3,117 kes membabitkan penunggang motosikal.

Sebanyak 1,800 kes pula membabitkan kesalahan tidak mempunyai cukai jalan, katanya. – BERNAMA

 

Tags: JPJkes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd