• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Thailand Sekat Akses KPN Kepada Justo

oleh AK-47
25/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK - Permintaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk bertemu dengan bekas eksekutif PetroSaudi International Xavier Andre Justo telah ditolak oleh pihak polis Thailand meskipun beliau diterbangkan khas ke Bangkok untuk menemui lelaki itu.

Menurut Bangkok Post, Ketua Polis Negara Thailand, Somyot Poompunmuang telah membuat penolakan itu ketika mesyuarat di Pejabat Diraja Thai, yang seterusnya bertindak menasihati Khalid supaya menggunakan saluran yang betul dengan membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan Justo.

‘Saluran’ yang dimaksudkan adalah termasuk Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Luar Negeri.

Hal ini kerana, menurut Somyot, Justo hanyalah seorang pendatang di Thailand dan beliau perlu dilindungi oleh pihak berkuasa tempatan.

Beliau bagaimanapun memberitahu Khalid bahawa Justo memberi kerjasama di dalam siasatan yang kini masih berjalan.

Justo, yang merupakan warganegara Swiss kini masih ditahan di Penjara Reman Bangkok sehingga 15 Ogos, disiasat di dalam kes skandal antarabangsa yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Mesyuarat yang diadakan semalam adalah sebagai percubaan kedua oleh pihak polis dalam mendapatkan akses kepada Justo sejak beliau ditahan pada bulan lalu.

Cubaan pertama telah dilakukan pada 16 Julai di mana diplomat serta polis Kedutaan Malaysia di Bangkok juga memberikan jawapan yang sama.

Sebelum ini, Justo didakwa mencuri dokumen rahsia berkaitan dengan dana dan urus niaga antarabangsa.

Memetik daripada laporan Bernama, polis hanya boleh melakukan siasatan terhadap Justo selepas beliau didakwa di Mahkamah Thailand.

Khalid yang baru sahaja kembali ke Malaysia berkata, polis akan berbincang dengan Peguam Negara bagi mendapatkan akses kenyataan yang direkodkan Justo.

Khalid sebelum ini menyatakan bahawa anggota pasukan khas 10 Bukit Aman telah berkumpul bagi menyiasat Justo dan perlu menunggu kebenaran oleh pihak polis Thailand.

Tags: KPN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

Polis Siasat Insiden Pegawai Kanan 69 Komando Mati Ketika Latihan Menyelam Di Semporna – KPN

22/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terperinci terhadap insiden pegawai Unit VAT 69 Komando, Inspektor Khairil Azhar...

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

Elak Masuk KL 26-28 Oktober Jika Tiada Urusan Mustahak – KPN

23/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak memasuki ibu negara sepanjang berlangsungnya Sidang Kemuncak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd