• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Negara Akan Tentukan Status Perhimpunan S4S

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Peguam Negara akan menentukan sama ada perhimpunan ‘722 Sarawak Freedom and Independent Walk’ di sini Rabu lalu melanggar undang-undang, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, keputusan itu akan dibuat hasil penyiasatan yang dilakukan oleh polis terhadap penganjur yang sudah dipanggil memberi keterangan.

“Polis telah pun menyelidik (menyiasat), maknanya polis akan menilai sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada Peguam Negara, jadi Peguam Negara akan buat keputusan sama ada perhimpunan itu telah melanggar undang-undang,” katanya kepada pemberita.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Santubong berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Samariang, di sini, Jumaat.

Ketika ditanya mengenai tempoh penyiasatannya, beliau berkata ia bergantung kepada kerjasama yang diberikan kepada polis semasa penyiasatan dijalankan.

Pada Rabu, ribuan peserta perhimpunan anjuran Pertubuhan Dayak Iban Sarawak (Sadia) dan pergerakan Sarawak Untuk Rakyat Sarawak (S4S) berkumpul di Taman Rekreasi Song Kheng Hai di sini.

Ada juga peserta yang berkumpul di Padang Jubilee di Jalan Datuk William Tan sebelum berarak ke lokasi utama perhimpunan itu sejauh 1.5 kilometer, jelas melanggar arahan polis sebelum ini yang melarang perarakan itu diadakan. – BERNAMA

Tags: Peguamperhimpunan haram
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sebahagian Besar Aset Najib Masih Dibeku, Perlu Pertimbang Pilihan Yang Ada Penuhi Syarat RM50 juta – Peguam

Sebahagian Besar Aset Najib Masih Dibeku, Perlu Pertimbang Pilihan Yang Ada Penuhi Syarat RM50 juta – Peguam

20/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar aset, akaun bank dan hartanah Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak masih tertakluk kepada perintah...

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

05/06/2026
0

SEREMBAN - Undang Yang Empat Negerí Sembilan dan Tengku Besar Tampin membantah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd