• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: Pastikan Laluan Penghantaran Jenazah Lancar

oleh AK-47
21/08/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Pihak berkuasa akan memastikan semua jalan serta laluan bagi penghantaran jenazah tragedi pesawat MH17 esok lancar, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata kesemua laluan yang terlibat akan dikawal oleh pasukan Polis Diraja Malaysia dan meminta orang ramai untuk bekerjasama bagi memberi penghormatan kepada jenazah.

“Kita sedar jalan-jalan yang dilalui itu sesak lebih-lebih lagi pada hari Jumaat dan kita mahukan laluan ini lancar,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, KLIA di sini, Khamis.

Sidang media bersama itu disertai Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Dalam pada itu, Rohani berkata sebanyak 120 waris akan menyertai istiadat penghormatan itu termasuk lima orang waris yang akan tiba dari Amsterdam pada pukul 6 pagi esok.

“Kita juga mohon para petugas media untuk tidak menemuramah keluarga mangsa bagi menghormati kehendak mereka yang mahukan privasi ketika majlis istiadat itu diadakan.

Katanya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menunggu jenazah Mohd Ali Md Salim di Pagoh sementara beliau dan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengiringi jenazah Ariza Ghazalee dan Muhammad Afif Tambi ke Kuching menaiki pesawat Charlie.

Berikut adalah senarai lokasi penghantaran dan tempat persemadian jenazah nahas pesawat MH17:

PUTRAJAYA:

1. Ahmad Hakimi Hanapi (L) – Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 2.

2. Nur Shazana Mohamed Salleh (P) – Tanah Perkuburan Islam Putrajaya, Presint 20.

KUALA LUMPUR:

1. Hamfazlin Sham Mohamed Arifin (P) – Tanah Perkuburan Batu Muda, Gombak.

2. Dora Shahila Kassim (P) – Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Damansara.

3. Mabel Anthony Samy (P) – Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi.

4. Paul Rajasingam/Sivagnanam (L) – Jenazah akan dihantar ke Taman Peringatan Nirvana, Jalan Sungai Besi.

SELANGOR:

1. Foo Ming Lee (L) – Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.

2. Karamjit Singh Karnail Singh (L) – Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.

3. Ng Qing Zheng (L) – Taman Peringatan Nirvana, Shah Alam.

4. Angeline Premila Rajandaran (P) – Jenazah akan dihantar ke Bandar Bukit Tinggi 2, Klang.

NEGERI SEMBILAN:

1. Mastura Mustafa (P) – Tanah Perkuburan Paroi, Negeri Sembilan.

2. Lee Hui Pin (P) – Taman Peringatan Nilai.

JOHOR:

1. Elisabeth Ng Lyeti (P) – 14-21, Lorong Perkasa, Jalan Haji Jaib, Muar.

2. Mohd Ali Md Salim (L) – Tanah Perkuburan Kg.Raja, Muar.

3. Hasni Hardi Parlan (L) – Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Segamat.

PERAK:

1. Noor Rahimmah Mohd Nor (P) – Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama, Tambun.

2. Chong Yee Pheng (P) – Paradise Memorial Park, Chemor.

3. Azrina Yakob (P) – Tanah Perkuburan Masjid Al Hidayah, Taiping

SARAWAK:

1. Ariza Ghazalee (P) – Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching.

2. Muhammad Afif Tambi (L) – Tanah Perkuburan Semariang, Petrajaya, Kuching. – BERNAMA

Tags: jenazahMH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

‘Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Arwah Memang Mahu Ke Makkah’ – Suami

18/01/2026
0

GEORGETOWN: "Jenazah isteri saya, Allahyarham Nadia Kesuma akan dikebumikan di sana. Kami tak akan bawa pulang jenazah ke tanah air...

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

Jenazah Pendaki Dibawa Turun Dari Puncak Gunung Liang Petang Tadi

17/10/2025
0

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd