• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangan Budak 3 Tahun Hancur ‘Dimakan’ Eskalator

oleh AK-47
25/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NGERI… seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dilaporkan hancur tangan kanan akibat tersepit pada eskalator sebuah pusat beli-belah di George Town, Pulau Pinang, semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa Ng Wei Kang bersama keluarga dikatakan sedang membeli-belah di pasar raya berkenaan.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu terpaksa menanggung kesakitan hampir 30 minit sebelum tangannya yang tersepit pada eskalator berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat yang tiba.

Menurut bapa mangsa, Ng Juen Shen, 34, semasa kejadian anaknya itu berada di tepi tangga sambil memegang bahagian pemegang tepi eskalator berkenaan sebelum dia terkejut mendengar satu bunyi letupan.

“Dia duduk, baru masuk tangan di dalam. Emak dia tarik tangan dia. Lepas itu dia duduk, tangan dia letak tepi tangga dan sangkut di dalam.

“Tangan dia hancur; lima jari semua hancur,” kata Juen Shen.

Sementara itu, pasukan perubatan yang merawat mangsa mengesahkan tangan kanan Wei Kang cedera parah hingga ke bahagian pergelangan dan berkemungkinan akan dipotong.

Setakat ini, mangsa berada dalam keadaan stabil namun masih tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahab mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: Astro Awani

https://www.youtube.com/watch?v=gmVUz5gJ6fM

Tags: kanak-kanak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd