BOLEH dikatakan trend membina otot badan dan tampil sasa kini menjadi kegilaan ramai lelaki khususnya para selebriti.
BACA: Norman Hakim Semakin Berani Show Off Aset Badan
Lihat sahaja perubahan bentuk badan aktor kacak Norman Hakim, Nabil, dan beberapa selebriti lelaki yang lain yang kini semakin sasa dengan susuk tubuh yang mengacam.
Menurut Norman Hakim, niatnya berusaha untuk mendapatkan susuk tubuh mengancam dan sasa adalah untuk beribadat dan dalam masa yang sama mengamalkan gaya hidup yang sihat.
“Sebelum menceburi bidang seni, saya memang aktif bersukan sejak di bangku sekolah. Memang minat itu sudah ada dalam diri sejak dahulu lagi. Jadi apabila masuk dalam bidang seni, saya teruskan minat ini, termasuk dalam sukan bina badan.
“Selain minat, saya juga niatkan ia sebagai ibadat. Jadi apabila kita berniat begitu, tidak timbul perasaan riak atau menunjuk-nunjuk. Anak-anak pun suka tengok bapa mereka dalam fizikal seperti adiwira. Mereka selalu minta saya tunjuk otot lengan,” kata Norman kepada BH Plus.
Tambahnya, perkara itu sekali gus memberi motivasi buat dirinya untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan berkongsi senaman serta diet pemakanan kepada orang ramai.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE
Sumber: BH Online
https://www.youtube.com/watch?v=vObs8Q76jUI
