• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IKRAM Enggan Terlibat Percaturan Politik Anwar

oleh Ahmad Albab
23/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menafikan badan bukan kerajaan (NGO) itu akan menyertai gabungan pembangkang baharu seperti yang diumumkan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Presidennya, Dr. Mohd. Parid Sheikh Ahmad menjelaskan, IKRAM tidak akan terlibat dalam percaturan politik pembangkang tersebut sebaliknya terus kekal sebagai NGO Islam yang bergiat dalam aktiviti dakwah, tarbiah dan kebajikan.

Sehubungan itu, katanya, mana-mana ahli IKRAM yang mahu menyertai gabungan parti politik pembangkang berkenaan perlu melepaskan jawatan eksekutif dalam NGO itu bagi mengelakkan berlaku sebarang pertembungan kepentingan.

“IKRAM mengambil maklum kenyataan media Anwar yang menyebut tentang penglibatan IKRAM dalam pembentukan gagasan baru pembangkang.

“Bagaimanapun, IKRAM akan tetap kekal sebagai NGO Islam yang akan terus bergiat dalam bidang dakwah, tarbiah dan kebajikan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Parid berkata, IKRAM sebagai NGO yang berprinsip akan terus bekerjasama dan membuat teguran kepada semua pihak termasuk pemerintah mahupun pembangkang untuk sama-sama membina negara dan memperkuat ummah.

Anwar yang kini dalam penjara melalui satu perutusan semalam memaklumkan parti pembangkang akan mewujudkan gabungan baharu yang akan turut disertai NGO termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan IKRAM. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Anwar IbrahimIKRAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd