• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pay-Tapak’ Bagi Mudahkan Bayar Kompaun Kenderaan Yang Ditunda

oleh Ahmad Albab
23/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan inovasi baharu ‘Pay-Tapak’ yang memberi peluang kepada pemilik kenderaan yang ditunda membayar kompaun terus kepada penguatkuasa.

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA, Shahrin Ahmad berkata pelaksanaan ‘Pay-Tapak’, atau Pembayaran Penguatkuasaan Tunda di Tapak, membolehkan pemilik membuat pembayaran di tapak semasa proses tunda kenderaan dijalankan.

Beliau berkata sistem baharu Bahagian Penguatkuasaan MBSA ini bertujuan memudahkan pemilik kenderaan membuat tuntutan pelepasan serta-merta selepas pembayaran di tapak dilakukan.

“Kaedah ini memudahkan mereka yang sempat datang ketika kenderaan ditunda oleh penguatkuasa untuk membayar terus kompaun. Jika tidak, mereka terpaksa buat bayaran sama ada di Wisma MBSA atau di bengkel MBSA di Seksyen 17 di sini yang menempatkan kenderaan yang ditunda.

“Kadar bayaran menerusi ‘Pay-Tapak’ juga lebih rendah iaitu RM100 berbanding kadar bayaran penundaan sedia ada RM270,” katanya kepada Bernama.

Menurut Shahrin, melalui kaedah ‘Pay-Tapak’ yang diperkenalkan bahagian penguatkuasaan MBSA pada 2014, berjaya mengumpul RM77,300 pada tahun berkenaan.

Bagi empat bulan pertama tahun ini, beliau berkata pihak berkuasa tempatan itu mengumpul RM19,600 melalui kaedah berkenaan.

Shahrin berkata waktu operasi penundaan ialah dari 8 pagi hingga 10 malam setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum.

“Bagaimanapun bagi Sabtu, Ahad dan cuti umum, jika semasa rondaan anggota penguatkuasa mendapati kenderaan diletakkan di tepi jalan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas, tindakan penundaan akan dilakukan,” katanya. – BERNAMA

Tags: MBSAsaman parkir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

23/05/2025
0

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam...

MBSA Nafi Datuk Bandar Ditahan SPRM

MBSA Nafi Datuk Bandar Ditahan SPRM

30/09/2022
0

SHAH ALAM : Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menafikan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor ditahan oleh Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd