KUALA LUMPUR – MyTeksi, perkhidmatan menempah teksi menerusi Internet mengalu-alukan cadangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk mengkaji semula peraturan pengangkutan awam sedia ada.
“Kajian itu adalah tepat dan langkah progresif yang menyediakan rangka kerja kepada semua pihak untuk beroperasi dan menepati standard keselamatan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan.
SPAD dilapor akan mencadangkan beberapa pindaan terhadap Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang antara lain akan memberi kuasa kepadanya untuk mengawal syarikat aplikasi mobile sebagai medium perkhidmatan pengangkutan awam.
Pindaan itu dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada Oktober ini termasuk peruntukan untuk menyelia pembekal aplikasi mobile yang menawarkan pengangkutan awam dan komersial serta penyampai perkhidmatan. – BERNAMA