• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dollah Pilih Razman Kemudi Skuad Pilihan Malaysia

oleh Ahmad Albab
23/07/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Walaupun pernah menolak beraksi bersama skuad Pilihan Malaysia, pemain pertahanan Pahang Mohd Razman Roslan tetap menjadi pilihan untuk mengemudi skuad itu menentang Liverpool pada Jumaat ini.

Ketua jurulatih kebangsaan Dollah Salleh berkata pemilihan itu dibuat berdasarkan pengalaman pemain berusia 32 tahun itu mengemudi skuad Tok Gajah yang kini menduduki tangga teratas Liga Super.

“Razman dipilih berdasarkan pengalaman. Kalau kita tengok barisan pemain, Razman antara yang nampak berpengalaman,” katanya kepada pemberita selepas sidang media bersama skuad Liverpool di sini hari ini.

Mohd Razman memberi tamparan kepada Dollah apabila menolak panggilan jurulatih itu untuk beraksi buat skuad Pilihan Malaysia dalam aksi persahabatan menentang Liverpool kerana merasakan dirinya tidak cukup bersedia untuk beraksi dalam perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu.

Bagaimanapun, pada hari sepatutnya melaporkan diri di Wisma FAM, tonggak pertahanan Pahang itu kelihatan hadir untuk menyertai latihan pusat bersama pemain lain yang disenaraikan dalam skuad Pilihan Malaysia.

Sebagai rekod, kali ter­akhir Razman dipanggil menyertai skuad kebangsaan adalah pada September tahun lalu menentang Kemboja yang menyaksikan Malaysia menang 4-1.

Mengenai perlawanan menentang The Reds, Dollah berkata anak buahnya telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang sesi latihan dan menampakkan semangat juang yang tinggi termasuk pemain import.

“Kalau diikutkan Liverpool nampak lebih bersedia tapi saya percaya dengan bantuan pemain-pemain import dapat memantapkan lagi pasukan negara.

“Saya percaya semangat pemain adalah tinggi dan yang penting bagi kita kena tunjukkan yang terbaik sebab kita bermain dengan pasukan antara yang terbaik,” katanya.

Untuk rekod, kali terakhir pasukan Liverpool beraksi di Malaysia ialah pada tahun 2011 dengan menewaskan Harimau Malaya di bawah bimbingan Datuk K.Rajagobal 6-3. – BERNAMA

Tags: Dollah Salleh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dollah Salleh Kemalangan

18/01/2022
0

Kuala Lumpur : Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya secara tiba-tiba hilang...

Taktikal Dollah Penentu Barisan Tok Gajah

21/11/2018
0

KUANTAN - Taktikal ketua jurulatih, Dollah Salleh bakal menentukan barisan pemain yang akan memperkasakan skuad Pahang bagi mengharungi saingan Liga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd