• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ironman Kembali Meriahkan Langkawi

oleh Ahmad Albab
28/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Selepas kali terakhir diadakan empat tahun lepas, Kejohanan Ironman Triathlon Langkawi, yang pernah menjadi antara acara berprestij dalam mempromosikan Pulau Langkawi, kembali ke pulau peranginan ini dengan edisi ke-12 yang berlangsung semalam.

Kejohanan Ironman Triathlon Malaysia Langkawi diperkenalkan pada tahun 2000 dan sejak itu menjadi acara tahunan sehingga 2010.

Bagaimanapun, sejak 2011 kejohanan itu tidak diadakan berikutan penganjur ketika itu dikatakan berhadapan dengan masalah kewangan.

Kehadiran semula kejohanan itu sememangnya ditunggu-tunggu penduduk Langkawi memandangkan acara itu pernah menjadi acara ikonik yang turut memeriahkan aktiviti pelancongan di pulau legenda ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Major Events Zulkefli Sharif berkata dengan usaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kejohanan itu berjaya dibawa kembali ke Langkawi.

“Sebelum ini, Kejohanan Ironman pernah dibuat di Langkawi sebelum diberhentikan selepas 2010 berikutan beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan tetapi dengan arahan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, kejohanan ini diadakan semula.

“Malaysia Major Events telah diberi mandat oleh pihak kementerian untuk membawa semula Ironman ke Langkawi. Ini bukanlah perkara yang mudah kerana kita perlu meyakinkan semula pihak penganjur untuk mengadakan kejohanan di Langkawi,” katanya mengimbas semula usaha untuk membawa kembali kejohanan itu ke Langkawi.

Zulkefli berkata selain meyakinkan pihak penganjur iaitu Ironman untuk acara itu kembali diadakan di Malaysia dan Langkawi, mereka juga perlu meyakinkan kembali penduduk tempatan di Langkawi untuk memberi sokongan terhadap acara itu.

Beliau berkata untuk penganjuran tahun ini, pihaknya telah turun padang dengan mengadakan beberapa program dalam usaha untuk berbincang dengan penduduk tempatan di sini tentang kepentingan mengadakan kejohanan Ironman di Langkawi.

“Kita telah pergi ke kampung-kampung untuk memberi penerangan dan hasilnya rata-rata penduduk tempatan di sini memberi sambutan yang baik. Dengan berlangsungnya Kejohanan Ironman di sini ia mampu memberi impak yang besar kepada pendapatan ekonomi Langkawi dan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata pulangan yang diperoleh ini akan memberi manfaat kepada semua pihak terutama sekali penduduk tempatan di Langkawi.

“Pihak penganjur telah bersetuju dan kejohanan ini akan terus berlangsung dalam tempoh tiga tahun akan datang. Tempoh yang diberikan adalah untuk melihat dan menilai sama ada kejohanan ini boleh dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Sebanyak 1,398 atlet dari 58 negara bersaing memburu gelaran juara pada edisi ke-12 kejohanan Ironman Triathlon Langkawi 2014 semalam.

Sewaktu edisi ke-11 pada 2010, iaitu kali terakhir kejohanan itu diadakan, sebanyak 690 orang yang mewakili 41 negara menyertai kejohanan itu.

Dalam saingan semalam, Patrick Nilsson dan Diana Riesler, masing-masing mengungguli kategori profesional lelaki dan wanita, untuk membawa pulang hadiah wang tunai US$8,000 (kira-kira RM25,600).

Kejohanan itu membabitkan tiga disiplin iaitu berenang sejauh 3.8 km, berbasikal 180 km dan berlari sejauh 42.2 km yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah US$40,000 (RM128,000).

Sebanyak 40 peserta terbaik kejohanan ini akan melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan Ironman dunia di Kona, Hawaii tahun depan. – BERNAMA

Tags: IronmanLangkawi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

Kanak-Kanak Rusia Maut Disengat Ubur-Ubur Di Langkawi

20/11/2025
0

KANAK-KANAK RUSIA MAUT DISENGAT UBUR-UBUR KOTAK DI PANTAI CENANG Oleh Mynewshub LANGKAWI, 20 November – Seorang kanak-kanak lelaki warga Rusia...

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

Permukiman Menteri Luar Asean Tamat, Pamer Kecemerlangan Langkawi

19/01/2025
0

Langkawi : Permukiman Menteri Luar Asean (AMM) yang diadakan di Langkawi, Kedah melabuhkan tirai dengan jayanya hari ini, sekali gus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd