• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Pantau Laman Web Sebar Fitnah

oleh Ahmad Albab
22/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang memantau beberapa lagi laman sesawang dan blog yang cuba menyebarkan fitnah dan maklumat tidak berasas kepada rakyat negara ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata pihaknya juga telah menyekat laman web Sarawak Report sebagai langkah awal untuk membendung gejala fitnah yang berleluasa ketika ini.

“SKMM sudah sekat Sarawak Report dan ada beberapa lagi laman web dan blog yang kita pantau dan saya tidak boleh maklumkan ia di sini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat pesakit-pesakit di Hospital Hulu Terengganu sekali gus manyampaikan sumbangan Aidilfitri hari ini.

Beliau berkata SKMM juga memberi amaran pihak yang terbabit dalam menyebarkan fitnah dan maklumat palsu melalui internet sehingga mengelirukan orang ramai tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Menurutnya SKMM diberi kuasa sepenuhnya untuk menyekat mana-mana laman sesawang dan blog sama ada dari dalam mahupun luar negara termasuk beberapa pengguna laman media sosial yang menyalahgunakan teknologi maklumat yang kerajaan bangunkan untuk kebaikan dan keharmonian negara sebelum ini. – BERNAMA

Tags: fitnahSKMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz: Jangan Gadai Masa Depan Johor Kerana Fitnah, Hasutan, Janji Bulan Bintang

Onn Hafiz: Jangan Gadai Masa Depan Johor Kerana Fitnah, Hasutan, Janji Bulan Bintang

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz mengingatkan rakyat supaya tidak menggadaikan masa depan Johor dengan terpengaruh kepada...

Mereka Berkempen Dengan Tomahan Dan Fitnah, Kepada Allah Kita Berserah – Onn Hafiz

Mereka Berkempen Dengan Tomahan Dan Fitnah, Kepada Allah Kita Berserah – Onn Hafiz

26/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Seluruh Bangsa Johor diharap dapat membezakan antara kaca dan bermata ketika berdepan dengan pelbagai fitnah dan tohmahan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd