• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Lanjut Pelajaran Ke Luar Negara Jangan Terjebak IS

oleh Ahmad Albab
22/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menasihatkan pelajar negeri itu yang akan melanjutkan pelajaran ke Mesir agar tidak melibatkan diri dalam politik negara itu.

Pada masa sama, Mukhriz berkata, ketidakseimbangan politik Mesir ketika ini serta ancaman khususnya daripada gerakan militan, memerlukan pelajar memiliki jati diri yang kental agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah tertentu yang menyeleweng atas nama Islam.

“IS atau ISIL tujuannya untuk mencemar nama baik Islam. Kita tidak mahu terima berita sedih pelajar Kedah terlibat dengan anasir tidak sepatutnya seperti IS,” katanya selepas Majlis Penghantaran Pelajar ke Asia Barat di perkarangan Maktab Mahmud, di sini semalam.

Sebaliknya Mukhriz mahu para pelajar itu berpegang kepada tujuan utama mereka iaitu menimba ilmu sebanyak mungkin di sana bagi menyumbang kepada negeri, bangsa dan agama.

“Kita anggap pendidikan ini sebagai jihad terpenting kerana ilmu pengetahuan yang bakal mereka perolehi dapat disumbang kepada masyarakat dalam pelbagai cara,” katanya.

Dalam memastikan pelajar tidak terjebak dengan IS, Mukhriz berkata kerajaan negeri ada menempatkan pegawai khas bagi mengawasi mereka di Mesir.

Beliau juga mahu para pelajar itu menapis dan mengawal apa yang diterima khususnya daripada cara fikiran dan budaya di sana yang akan memberi kesan langsung kepada perwatakan dan pemikiran seseorang pelajar itu.

“Kalau terlalu terbuka kepada unsur kurang baik, akan terdedah kepada risiko dan jangan juga terlalu bergaul sampai terpengaruh dengan masalah yang mereka hadapi… perlu ada batas tertentu yang tidak dilewati,” katanya.

Seramai 219 pelajar Kedah dihantar ke Mesir tahun ini, majoritinya di Universiti Al-Azhar. – BERNAMA

Tags: ISMukhriz Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

19/07/2024
0

BUTTERWORTH : Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan...

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd