• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pikom Unjurkan Purata Gaji Bulanan Naik 7.4 Peratus

oleh Ahmad Albab
22/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom) mengunjurkan kenaikan sebanyak 7.4 peratus kepada RM8,278 daripada RM7,706 tahun lepas ke atas purata gaji bulanan untuk profesional ICT tahun ini.

Pengerusinya, Cheah Kok Hoong, berkata persatuan itu juga menjangka purata gaji bulanan mereka akan berkembang sebanyak 7.6 peratus pada 2016 dengan penstabilan ekonomi global.

Industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) tempatan akan kekal kukuh, didorong oleh penggiatkan proses pendigitalan dalam projek-projek transformasi, projek koridor intensif modal, pelaburan dan produk ICT serta perkhidmatan urus niaga, katanya.

“Walaupun pertumbuhan ekonomi dijangka perlahan dalam tahun ini, industri ini diramalkan akan terus mencatat pertumbuhan dua angka iaitu sebanyak 14.2 peratus atau RM70.9 bilion daripada 12.5 peratus atau RM62.1 bilion pada tahun 2014.

“Kami percaya sektor ICT akan terus menjadi pasaran pekerjaan utama di negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang,” kata Cheah kepada pemberita selepas melancarkan Pikom ICT Job Market Outlook 2015 di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelidikan Pikom, Woon Tai Hai, berkata profesional ICT dalam bidang sains dan teknologi, aeroangkasa serta sektor bioteknologi akan menerima angka gaji yang lebih tinggi, diikuti oleh sektor minyak dan gas.

“Walaupun terdapat peningkatan dalam purata gaji, bekalan graduan baharu dalam ICT terus merosot. Lebih kurang 56 peratus daripada majikan mencatatkan kesukaran untuk mendapatkan calon-calon yang sesuai,” katanya.

Kebanyakan majikan gagal atau tidak berjaya memperoleh ICT dengan bidang yang diperlukan, tambah Woon. – BERNAMA

Tags: PIKOM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lesen Media Sosial: Perlu Ada Peraturan Jelas, Telus – PIKOM

Lesen Media Sosial: Perlu Ada Peraturan Jelas, Telus – PIKOM

01/08/2024
0

KUALA LUMPUR : Kerajaan diminta mengeluarkan peraturan yang jelas membabitkan rangka kerja pelesenan bagi perkhidmatan media sosial dan pesanan internet...

PIKOM Lantik Alan Fung Sebagai CEO

15/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) melantik Alan Fung, tokoh terkenal dalam industri ICT, sebagai ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd