• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Presiden FIFA Dilempar Wang Palsu Ketika Sidang Media

oleh AK-47
22/07/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN FIFA, Sepp Blatter berhadapan detik memalukan apabila dilempar dengan wang kertas palsu ketika berlangsungnya sidang media di Zurich, malam tadi.

Ketika kejadian, Blatter, 79, dikatakan bakal memberi maklumat mengenai pemilihan bagi presiden baru FIFA sebelum diganggu oleh seorang pelawak dari Britain, Simon Brodkin atau lebih dikenali sebagai Lee Nelson.

Lee Nelson yang segera dibawa keluar oleh pengawal keselamatan sempat bertindak membaling wang palsu ke arah Blatter sekali gus mengejutkan sidang hadirin yang hadir.

Berikutan itu, sidang media terpaksa dihentikan selama beberapa minit sehingga keadaan menjadi tenang.

Selepas insiden itu, Brodkin menulis tweet menyatakan: “Teruja berada di mesyuarat FIFA jumpa Sepp Blatter untuk menjamin Piala Dunia #NorthKorea2026.”

Difahamkan, pelawak ini pernah mengganggu orang lain termasuk ketika persembahan penyanyi, Kanye West dan skuad bola sepak Piala Dunia England. – MYNEWSHUB .CC

Oleh: CARRIE

https://www.youtube.com/watch?v=9UQVJXqBrmk

Tags: FIFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IOC Terima Aduan Terhadap Infantino

IOC Terima Aduan Terhadap Infantino

16/07/2026
0

Oleh Mynewshub PARIS – Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menerima aduan rasmi yang mendakwa Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino...

Ronaldo Didakwa Sebut “Bismillah” Sebelum Sepakan Penalti

Ronaldo Didakwa Sebut “Bismillah” Sebelum Sepakan Penalti

05/07/2026
0

Oleh Mynewshub  TORONTO – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mencuri perhatian dunia selepas rakaman televisyen memaparkan beliau dipercayai menyebut perkataan "Bismillah"...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd