• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelumba Malaysia Weiron Tan Tawan Litar Iowa

oleh Ahmad Albab
22/07/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pelumba Malaysia, Weiron Tan mencipta satu lagi kejayaan apabila menjuarai pusingan ke-12 perlumbaan Pro Madza di Litar Iowa Speedway, di Iowa, Amerika Syarikat, hari ini.

Dalam penampilan kedua dalam litar berbentuk bujur itu, pelumba kereta pasukan #22 Andretti Autosport itu mendahului setiap pusingan perlumbaan 100-pusingan itu sebelum melintas garisan penamat dengan kelebihan 9.7 saat daripada rakan sepasukan.

Pada sesi kelayakan, Tan menduduki tempat ketiga tetapi memperoleh petak utama selepas pegawai perlumbaan mendapati tiga pelumba telah melanggar peraturan perlumbaan.

Sebaik sahaja bendera hijau dikibarkan, Tan memecut dan terus mengawal perlumbaan dengan mendahului pencabar terdekat dengan jarak lebih empat kenderaan.

Biarpun litar pelumbaan ditutup sementara, Tan memulakan perlumbaan semula apabila memperagakan kemahiran cemerlang menguasai litar berbentuk bujur sepanjang 1.408km, untuk merangkul kejuaraan keempat musim ini.

Mengulas kejayaan tersebut, Tan dalam kenyataan di sini mengucapkan tahniah kepada pasukan kerana membantu mencapai keputusan cemerlang apabila pasukan itu memenangi tempat pertama dan kedua.

Pusingan seterusnya akan berlangsung di Litar Mid-Ohio Sports Car di Lexington, Ohio dari 30 Julai hingga 2 Ogos ini. – BERNAMA

Tags: pelumba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Piala Ini Untuk Malaysia” – Damok

14/06/2021
0

“PIALA ini untuk Malaysia!” kata pelumba muda negara, Syarifuddin Azman mendedikasikan kejayaan muncul juara Perlumbaan 1 saingan CEV Moto3 Remaja...

Persaingan Terbuka, Tiada Pelumba Pilihan

20/07/2018
0

WALAUPUN diletakkan antara pelumba pilihan, pendahulu CP150, Ahmad Afif Amran akui persaingan kelas CP150 kini semakin terbuka dan tiada pelumba...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd