• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemindahan Aset Air Di Selangor Dijangka Selesai 60 Hari

oleh Ahmad Albab
19/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Proses pemindahan aset-aset air di Selangor kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dijangka selesai dalam tempoh 60 hari daripada tarikh Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Air yang ditandatangani pada 10 Julai lepas, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata kerajaan Selangor sedang berbincang dengan PAAB bagi mengenal pasti fasiliti yang akan dipajakkan kepada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

“Sebaik sahaja kita memuktamadkan perjanjian ini minggu lepas, kita diberi tempoh 60 hari dan kita akan selesaikan dalam tempoh yang ditetapkan itu.

“Pertikaian sebelum ini adalah berhubung dua aset air iaitu di Semenyih dan Bukit Nanas, tetapi ia telah selesai selepas kerajaan negeri bersetuju menyerahkan empat aset lain yang mempunyai nilai sama dengan aset berkenaan untuk menyegerakan penstrukturan air ini,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan Selangor di Stadium Shah Alam di sini, hari ini.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berangkat hadir pada majlis itu, yang turut dikunjungi lebih 5,000 orang.

Pada 10 Julai lepas, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor menandatangani Perjanjian Tambahan kepada Perjanjian Utama Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai dakwaan beberapa pemimpin dalam pakatan pembangkang telah menemui bekas pengarah PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi) Xavier Andre Justo untuk membeli maklumat sulit, Mohamed Azmin berkata ia perlu dirujuk kepada pihak yang membuat dakwaan itu.

Polis Thailand sebelum ini mengesahkan Justo telah mengadakan pertemuan dengan individu penting dalam pakatan pembangkang Malaysia di Singapura sebelum menjual maklumat sulit milik syarikat itu.

Justo, 49, ditahan oleh Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD), Polis Thailand di pulau peranginan terkenal, Koh Samui, Thailand pada 22 Jun lepas, selepas PetroSaudi membuat laporan rasmi terhadap kegiataan peras ugut oleh warga Switzerland itu.

Exco Selangor daripada PAS Datuk Iskandar Abdul Samad yang ditanya perkara sama juga enggan mengulas dan menyifatkan dakwaan itu hanya spekulasi semata-mata. – BERNAMA

Tags: airAzmin Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd