• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Smart Reader Lebar Sayap Ke Luar Negara

oleh Ahmad Albab
19/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Smart Reader Worldwide Sdn Bhd merancang‎ melebarkan sayapnya sehingga ke Nigeria, Hong Kong dan China dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, kata Pengarah Eksekutifnya, Kevan Ong.

Beliau berkata, walaupun kehadiran Smart Reader di Nigeria boleh menjadi batu loncatan ke benua Afrika, ia sebenarnya mengenal pasti China dan Hong Kong sebagai pertumbuhan akan datang.

“China merupakan pasaran yang besar dan kami turut berhasrat untuk memperluas perniagaan ke negara lain,” katanya kepada Bernama.

Pusat Smart Reader Kids telah ditubuhkan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Filipina, Thailand, dan Jordan.

Ong berkata Asia sangat luas dan Smart Reader juga sedang mengkaji kemungkinan untuk bertapak di pasaran yang berpotensi seperti India dan Eropah Timur.

Smart Reader Worldwide baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman dengan pemegang francais dari UAE, Australia dan Indonesia untuk penubuhan pusat Smart Reader Kids.

Pusat itu telah berkembang sehingga ke 300 rangkaian francais di Malaysia dan lebih 150 pusat di seluruh dunia, Smart Reader Kids didedikasikan untuk meningkatkan pemikiran dan kuasa pembelajaran kanak-kanak.

“Program Smart Reader Kids adalah untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun.

“Ia merupakan program yang lengkap kerana ia mengikuti sukatan pelajaran kebangsaan seperti Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Malaysia, Sains, Agama
Islam, pengajian moral, muzik, seni dan kraf, malah adap sopan di meja makan turut diajar,” kata Ong.

Kumpulan Smart Reader Worldwide menawarkan pelbagai program pembelajaran yang memenuhi keperluan kanak-kanak dan orang dewasa. – BERNAMA

Tags: Smart Reader
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd