• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5,000 Hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri YDP Negeri Sabah

oleh Ahmad Albab
18/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Hampir 5,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahirudin dan isteri, Toh Puan Norlidah Datuk R.M Jasni di Istana Negeri di sini, hari ini.

Majlis rumah terbuka bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari itu dihadiri masyarakat pelbagai kaum.

Para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah menarik termasuk makanan istimewa pada hari Rrya seperti sate, ketupat, lemang dan rendang.

Selain menikmati hidangan, para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada artis tempatan negeri ini.

Apri Asrir, 30, dari Tawau melahirkan rasa gembira dan teruja kerana dapat berkumpul dengan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini untuk bersama-sama memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri itu.

“Kita semua tidak kira bangsa, agama ataupun budaya meraikan hari raya ini bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sebagai satu Malaysia ,” katanya.

Perasaan itu turut dikongsi Chin Foi Soon, 24, dari Penampang yang berkata selain dapat menjamu pelbagai juadah khusus di hari raya, rumah terbuka seumpama itu juga landasan mengeratkan hubungan serumpun pelbagai kaum di Sabah.

Pada majlis itu, Tun Juhar dan isteri turut meluangkan masa bersalaman dengan para tetamu, selain memotong kek Aidilfitri bermotifkan masjid, sebelum diagihkan kepada tetamu.

Turut hadir, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan isteri Datin Seri Faridah Tussin.

Antara tetamu kenamaan lain termasuk Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak serta beberapa menteri Kabinet negeri dan persekutuan. – BERNAMA

Tags: Aidilfitri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd