KUALA TERENGGANU – Kira-kira 15,000 orang menghadiri majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Seri Iman, Batu Burok petang ini.
Pengunjung disajikan dengan pelbagai juadah seperti lemang, ketupat, rendang, nasi dagang, sate, martabak dan kuih raya.
Seorang pelajar Maizatul Nadirah Mohd Rozi, 14, berkata dia teruja dapat berjumpa dan bersalam dengan Ahmad Razif dan isterinya Toh Puan Seri Halina Zakaria.
Mohd Syukri Salleh, 36, turut hadir bersama isteri serta tiga orang anak mereka.
“Saya mengambil kesempatan ini dengan membawa keluarga saya untuk berjumpa menteri besar kerana bukan selalu dapat peluang seperti ini,” katanya. – BERNAMA

