• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Karam: Pemandu Dakwa Ombak Kuat

oleh Ahmad Albab
17/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJONG KARANG – Pemandu bot mendakwa ombak kuat‎ merupakan punca bot yang dibawanya karam kira-kira dua batu nautika dari pantai Bagan Sungai Kajang di sini semalam sehingga mengorbankan lima nyawa setakat ini.

P. Alumalai, 51, berkata, ribut petir berlaku ketika kejadian itu.‎

Beliau berkata mangsa dalam perjalanan pulang setelah melakukan upacara membuang abu mayat di kawasan perairan itu kira-kira pukul 5 petang.

Alumalai dari Sekinchan yang telah mengemudi bot selama enam tahun menolak dakwaan bahawa penumpang berlebihan turut menjadi punca bot berkenaan karam.

Bot itu yang dinaiki 14 orang yang terdiri daripada sembilan anggota keluarga dan lima pekerja bot berlepas dari jeti nelayan Sungai Kajang pada jam 3 petang bagi melakukan upacara membuang abu mayat.

Dua jam kemudian ia dilapor karam semasa dalam perjalanan pulang.

Lima mayat ditemukan setakat ini yang kesemuanya berasal dari Sungai Buluh, Kuala Selangor, sementara dua lagi sedang dicari.

Tujuh orang berjaya diselamatkan nelayan tempatan sebelum ini. – BERNAMA

Tags: bot karam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

Percutian Bertukar Tragedi, 15 Pelancong India Maut Bot Terbalik Di Phu Quoc

12/07/2026
0

Oleh Mynewshub  HANOI – Seramai 15 pelancong India maut selepas sebuah bot laju yang membawa 36 individu terbalik berhampiran Pulau...

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Ditemukan

16/07/2023
0

SEMPORNA: Mangsa terakhir tragedi bot karam yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau Nusa Tengah, Jumaat ditemukan petang ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd