KUALA TERENGGANU – Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu menugaskan 334 orang pegawai, anggota dan sukarelawan bagi membantu pengguna jalan raya yang menghadapi kesulitan bersempena sambutan Aidilfitri.
Pengarah JPAM Terengganu Left Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata mereka ditugaskan dalam Ops Bantu di lapan daerah di negeri ini.
“Ops Bantu ini diadakan dua sesi iaitu sesi pertama mulai semalam dan hari ini sebagai operasi sebelum Aidilfitri manakala sesi kedua pada 19 dan 20 Julai sebagai operasi selepas Aidilfitri,” katanya kepada Bernama hari ini.
Tumpuan rondaan Ops Bantu ialah jalan-jalan utama negeri, jalan persekutuan dan Lebuhraya Pantai Timur 2, katanya.
“Kami akan membantu jika ada pengguna mengalami masalah enjin, tayar bocor, mengalihkan objek yang mengganggu lalu lintas dan membantu kelancaran trafik,” katanya. – BERNAMA

