• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Henti Pertikai Kewibawaan Pasukan Petugas Khas

oleh Ahmad Albab
15/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) meminta semua pihak menghentikan sebarang kenyataan yang mempertikaikan integriti, kewibawaan dan keanggotaan Pasukan Petugas Khas (PPK) dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengerusi JKMR Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata JKMR yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), sebuah badan bebas yang memantau perjalanan SPRM, telah dan sedang mengikuti dengan rapi perkembangan siasatan kes itu.

“PPK adalah sebuah badan yang diwakili oleh empat pemimpin tertinggi agensi yang mampu dan berkeupayaan untuk membuat penyiasatan yang begitu teliti, bebas dan telus.

“JKMR berpendapat kes 1MDB yang sedang disiasat oleh PPK merupakan satu kes yang amat penting dan serius demi kepentingan negara, maka berilah peluang mereka menjalankan siasatan dan menyempurnakan tanggungjawab yang telah diamanahkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Abu Zahar berkata JKMR akan meminta SPRM membentangkan secara terperinci kepada Parlimen apabila hasil siasatan PPK telah siap.

Beliau berkata JKMR berasa amat terkilan dan kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pihak termasuk Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu yang mendakwa siasatan dijalankan oleh PPK bertujuan untuk melindungi perkara sebenar.

“Dakwaan ini merupakan kenyataan yang berniat jahat dan tidak bertanggungjawab, JKMR berpendapat ia merupakan satu fitnah dan tohmahan yang tidak berasas sama sekali,” katanya.

Au Zahar juga berharap agar semua anggota Parlimen tidak melupakan kenyataan semasa angkat sumpah pelantikan sebagai anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk taat setia kepada Malaysia dan melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

JKMR dianggotai tujuh anggota Parlimen daripada Barisan Nasional, DAP, PKR dan PAS yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. – BERNAMA

 

Tags: Abu Zahar Ujang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Abu Zahar Dedah DAP Punca 13 Mei 1969

27/12/2018
0

BONGKAR... Tragedi hitam yang badai negara, menyaksikan pertembungan berdarah antara kaum ketika 13 Mei 1969, berpunca akibat provokasi biadab anggota...

Rasuah Punca Tanah Simpanan Melayu Berkurang

15/08/2018
0

KUALA LUMPUR – Penyalahgunaan kuasa dan rasuah merupakan antara punca utama pengurangan Tanah Simpanan Melayu (TSM). Ketika mendedahkan perkara itu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd