• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Lori Didapati Tidak Waras Ketika Bunuh Jiran

oleh Ahmad Albab
15/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang bekas pemandu lori hari ini terlepas daripada hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini mendapati dia tidak waras ketika membunuh jirannya, tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman S.M. Komathy Suppiah memerintahkan tertuduh, Low Seng Fah, 65, dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh diperkenan Sultan Perak.

Low menghadapi pertuduhan membunuh Wong Cheong Heng, 76, di hadapan rumah No.84, Kampung Changkat, Kampar dekat sini, antara pukul 9.30 malam hingga 9.40 malam, 7 Julai 2012.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakimannya, Komathy berkata pihak pembelaan berjaya membuktikan elemen bahawa ketika kejadian, tertuduh berada dalam keadaan mental yang tidak waras dan tidak sedar akan akibat daripada perbuatannya itu.

“Oleh itu tertuduh dilepas tetapi diletakkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta dan mahkamah akan laporkan kes ini kepada Sultan Perak untuk mendapatkan titah perintah Sultan Perak,” katanya.

Berdasarkan laporan Pakar Perunding Forensik Psikiatri dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Datuk Dr Suaran Singh, tertuduh disahkan menghidap penyakit mental kemurungan.

Laporan doktor itu juga menyebut semasa kejadian, tertuduh berada dalam keadaan mental yang tidak waras dan tidak sedar bahawa perbuatannya salah dari segi undang-undang.

Sepuluh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya How May Ling manakala tertuduh diwakili peguam Jagjit Singh. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=9x0Gff-QgQc

Tags: kes bunuhmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd