• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Mohon 3 Elaun Sebagai Faedah Kepada Anggota

oleh Ahmad Albab
14/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARANG – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah memohon tiga jenis elaun bagi kira-kira 13,000 anggota bomba yang sentiasa berdepan dengan risiko ketika melakukan tugas operasi.

Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata permohonan itu dihantar pada minggu lalu merangkumi Bantuan Insentif Bomba (BIB), Elaun Khas Perkidmatan dan Elaun On Call.

Katanya ketika ini kadar insentif yang diterima anggota bomba yang bekerja syif dan menyertai operasi adalah antara RM110 hingga RM220 untuk syif 12 dan 24 jam mengikut BIB.

“Bagi elaun BIB, kita memohon agar kadar bayaran itu dinaikkan sebanyak RM200 bagi mereka yag bertugas selama 12 jam dan RM400 bagi penugasan 24 jam,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan sumbangan banjir kepada 119 pegawai dan anggota bomba dari Terengganu dan Pahang yang terjejas bencana alam itu pada tahun lalu.

Menurutnya pihaknya juga meminta elaun khas perkhidmatan sebanyak RM200 sebulan yang diterima oleh pasukan Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dipanjangkan kepada pasukan Bomba.

Wan Mohd Nor berkata pihaknya turut memohon elaun On Call di mana elaun tersebut hanya dibayar kepada anggota dan pegawai yang bekerja selepas waktu pejabat dan terpaksa bergegas ke lokasi kejadian jika berlaku kecemasan.

Katanya kadar bayaran itu ditentukan mengikut tempoh masa mereka bertindak dan mengendalikan kes dan ia akan diputuskan oleh pihak kerajaan.

“Elaun on call ini akan diberi kepada pasukan siasatan kebakaran, kejuruteraan serta pegawai operasi dan negeri dan zon yang terpaksa mengendalikan kes mengikut saiz kebakaran,” katanya.

Menurutnya pemberian elaun dan faedah itu adalah wajar kerana anggota dan pegawai bomba sentiasa berada dalam keadaan berisiko setiap kali keluar dari balai untuk menuju ke lokasi kecemasan.

Selain itu mereka juga tidak dibenarkan menuntut elaun kerja lebih dan hanya bergantung pada elaun BIB itu sahaja. – BERNAMA

Tags: Bomba
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd