• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Robot Angsa Periksa Bahan Kimia Di Tasik

oleh
22/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Jangan terkeliru jika anda terserempak melihat beberapa ekor angsa berenang tanpa penat lelah di tasik tadahan air terbesar di republik itu iaitu di Pandan Reservoir dekat Jurong.

Angsa yang anda lihat itu sebenarnya bukan haiwan sebenar tetapi robot menyerupai burung berkenaan dan ia akan mengelilingi keseluruhan kolam tersebut seluas enam kilometer persegi.

Robot-robot angsa itu dihasilkan oleh sepasukan pengkaji dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) dan disokong di bawah projek pemantauan kualiti air oleh Lembaga Utiliti Awam (PUB).

Ia dihasilkan agar menyerupai angsa supaya tidak kelihatan janggal dalam persekitaran sekelilingnya sekali gus mengindahkan kawasan landskap tasik tersebut secara semula jadi.

Antara fungsi robot ini termasuk menguji pelbagai ciri fizikal air seperti bacaan alkali/asid  atau pH, pergolakan air serta mengukur jumlah kandungan klorofil di dalam air tasik berkenaan.

Maklumat tersebut kemudian boleh dihantar kepada para pengkaji secara serta merta untuk tujuan perancangan masa hadapan serta dijadikan rekod tahap kualiti air tawar di Singapura.

Pandan Reservoir popular dalam kalangan warga Singapura beriadah termasuk berjoging, berdayung selain memancing pelbagai jenis ikan darat seperti tilapia. – Agensi/Mynewshub.cc

Tags: air tawarangsamemancingrobotSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd