• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malam 7 Likur Serlahkan Keunikan Budaya Melayu

oleh Ahmad Albab
19/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Malam tujuh likur menyerlah keunikan budaya Melayu kepada pelancong yang datang ke Melaka selain meraikan perantau yang pulang ke Melaka untuk menyambut Aidilfitri, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata sambutan malam tujuh likur yang diadakan di negeri ini, lebih memberikan peluang kepada pengunjung ke Melaka merasai ketulenan Melaka yang memiliki masyarakat yang peramah dan mesra selain kaya dengan budaya dan tradisi masyarakat.

“Malam tujuh likur merupakan satu tradisi warisan lama orang Melayu memasang lampu pelita semasa bulan Ramadan terutama pada 10 malam terakhir sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi memeriahkan perayaan itu.

“Jadi kita adakan sambutan ini untuk kita berkongsi kegembiraan kita menyambut Aidilfitri bersama perantau dan pelancong yang datang ke Melaka,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Malam Tujuh Likur Melaka 2015 di sini malam tadi.

Selain itu dengan demonstrasi pembuatan kuih dan makanan tradisional seperti dodol, lemang dan wajik pada majlis itu juga, Idris berkata acara itu turut mengimbas kembali keunikan cara penyediaan kuih-kuih tradisional yang semakin dilupakan oleh masyarakat.

“Sambutan ini juga dapat mempromosikan Melaka sebagai sebuah destinasi pelancongan yang selamat dan mesti dilawati semasa musim perayaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Melaka Mengundi: Idris Haron Kecundang Di DUN Asahan (Tidak Rasmi)

20/11/2021
0

PETALING JAYA : Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Idris Haron kecundang di Dewan Undangan Negeri...

Royalti Pasir Melaka: SPRM Rakam Percakapan Idris Haron

08/10/2021
0

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka telah merakam percakapan bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengenai dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd