• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Unifi Memasuki Terengganu Seawal Ogos Ini

oleh Ahmad Albab
14/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Harapan sebilangan penduduk Terengganu yang menantikan untuk menikmati perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) iaitu UniFi akan tercapai seawal-awalnya Ogos ini.

Pengurus Besar Telekom Malaysia (TM) Terengganu Hamidun Ismail berkata buat permulaan, pihaknya akan memperkenalkan perkhidmatan itu bermula dengan tiga kawasan perumahan di dua daerah sebelum diperluaskan secara berperingkat.

Katanya tiga kawasan perumahan yang dipilih bagi pengenalan UniFi di negeri ini ialah dua di Kemaman iaitu Simpang Empat di Kemasik dan Taman Perumahan Lot 144 di Bandar Chukai, manakala satu di Kuala Terengganu iaitu di Taman Adis Indah, Kuala Ibai di sini.

“Kita menyediakan sebanyak 9,640 kapasiti perkhidmatan talian UniFi untuk pelanggan di sekitar dua daerah itu sehingga Jun tahun depan sebelum meneruskan fasa ketiga ke kawasan yang mempunyai pelanggan berpotensi.

“Untuk tujuan perkhidmatan UniFi itu, kita memasang empat ibu sawat iaitu di Kemasik, Chukai, Hiliran dan Cendering di Kuala Terengganu. Secara keseluruhan, perkhidmatan itu masih terhad dan tidak semua akan mendapat liputan jalur lebar itu,” katanya kepada pemberita di sini.

UniFi adalah perkhidmatan jalur lebar TM yang menggunakan gentian optik untuk menyampaikan Internet berkelajuan tinggi, telefon dan perkhidmatan IPTV ke rumah pelanggan.

Sebelum ini, TM memperkenalkan fasa pertama UniFinya bermula Julai 2012 di Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) di Telok Kalong, Kemaman yang memberi manfaat kepada lebih 250 syarikat yang beroperasi di kawasan itu.

Hasilnya lebih 50 peratus penggunaan perkhidmatan itu dicatat di KSB oleh pihak TM bagi tujuan memantapkan jaringan perniagaan.

Menurut Hamidun, kriteria utama bagi pemilihan tiga kawasan itu dilakukan adalah kerana permintaan daripada pelanggan TM sedia ada untuk menggunakan perkhidmatan tersebut selain mempunyai kepadatan yang tinggi.

Katanya buat permulaan Ogos ini, sebanyak 880 kapasiti talian UniFi akan disediakan pihak TM bagi perkhidmatan kepada tiga kawasan perumahan yang
terlibat itu sebelum ditambah kapasiti talian dari semasa ke semasa.

“Kita menyasarkan sebanyak 30 peratus daripada kapasiti talian itu akan dilanggan selepas tiga bulan pelaksanaan kerana kita percaya persediaan ke arah itu sudah ada bagi rakyat negeri ini berdasarkan kajian terhadap
pelanggan-pelanggan kita yang mahukan kualiti dan servis terbaik kerana UniFi berdefinisi tinggi,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=qVui3HcPrJ0

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd