• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Busana Hari Raya Khas Wanita Saiz ‘Terlebih’

oleh
20/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, Cik Lynn Bakri mendapati sukar untuk mencari busana bersaiz besar yang bukan sahaja mengikut trend terkini, tetapi sesuai dengan cita rasa dirinya.

Justeru, tiga tahun lalu, Cik Lynn – yang ketika itu baharu beberapa bulan melancarkan jenama pakaian ciptaan sendiri, Jane Watson, khusus bagi wanita ‘plus-size‘ – turut mencipta koleksi Hari Raya untuk wanita gempal.

Setakat ini, Jane Watson, sudah menempa nama sebagai pereka fesyen Melayu/Islam Singapura pertama yang dijemput ke acara berprestij, British Plus Size Fashion Weekend di London pada tahun lalu.

Malah tanpa disedari, Cik Lynn sudah melancarkan 11 koleksi Hari Raya khusus untuk wanita bertubuh saiz besar dan unuk koleksi tahun ini, yang diberi nama ‘tu7UHL8kor’ (tujuh lekor), mendapat sambutan di luar jangkaan.

Kata Cik Lynn, pihaknya mulanya menghasilkan 400 helai busana untuk koleksi itu, namun oleh kerana sambutan yang menggalakkan, ia terpaksa ditambah lagi kepada 680 helai.

Koleksi tu7UHL8kor menampilkan adunan gaya fesyen Barat dan Timur – baju kurung Pahang, sut kurung moden, baju kurung dihiasi renda Milano dari Itali, baju maxi dress, serta skirt duyung atau mermaid skirt.

Busana-busana ini diperbuat daripada kain fabrik yang selesa dan tidak memanaskan.

“Saya sendiri seorang wanita ‘plus-size’, jadi saya tahu betapa payahnya untuk mendapatkan baju Hari Raya sesuai dengan saiz tubuh, selesa untuk dipakai namun tetap tampil bergaya.

“Oleh itu, selain rekaan yang ikut trend fesyen, saya utamakan keselesaan, fabrik bermutu tinggi, malah saya guna fabrik daripada London dan Milan untuk koleksi tahun ini, serta tidak memanaskan,” ujar Cik Lynn.

Bahkan, apa yang unik tentang koleksi Hari Raya Jane Watson ialah setiap rekaannya dicipta mengikut kaedah ‘made-to-measure‘. Ini bermakna, Jane Watson tidak hanya menawarkan saiz tetap M, L, XL dan sebagainya.

Tetapi dia turut membuat kajian terhadap saiz-saiz tubuh wanita ‘plus-size‘ untuk menyediakan pelbagai saiz, daripada US 14 hingga US 58, atau XL hingga 15 XL.

“Semua model pakaian saya merupakan wanita ‘plus-size‘, justeru saya membuat kajian terhadap saiz tubuh mereka terlebih dahulu sebelum menghasilkan rekaan pakaian Jane Watson.

“Kami tidak hanya menawarkan saiz tetap L dan XL, kerana setiap wanita mempunyai saiz tubuh yang unik. Alhamdulillah, kebanyakan pelanggan kami berjaya mendapatkan busana sesuai dengan saiz tubuh mereka.

“Namun ada masih dengan hanya 5 peratus memerlukan sedikit pengubahsuaian, contohnya, ada yang mahu lengan jadi lebih panjang,” ujar Cik Lynn.

Kata Cik Lynn, menerusi pemerhatiannya sendiri, kedai-kedai penjualan secara online yang menawarkan pakaian Hari Raya bagi wanita bertubuh gempal meningkat dengan banyak tahun ini.

Bagaimanapun katanya, tidak banyak kedai pakaian Hari Raya yang menawarkan pelbagai saiz besar menerusi kaedah ‘made-to-measure‘, kerana kedai-kedai itu tidak mencipta rekaan pakaian sendiri.

Apa pula tips atau panduan daripada beliau sendiri sebagai nasihat bagi wanita bertubuh gempal untuk tetap bergaya ranggi dengan fesyen terkini dan tampil anggun?

Berikut ini 3 nasihat yang diberikan Cik Lynn:

1) Pakai pakaian dalaman yang sesuai dengan saiz tubuh anda

2) Cintai tubuh anda, jangan cuba pakai saiz lebih kecil

3) Terima hakikat anda tidak boleh mengenakan pakaian yang hanya sesuai dipakai wanita bersaiz lebih kecil

Jane Watson hanya menawarkan penjualan online di http://janewatson.bigcartel.com/, namun kata Cik Lynn, pihaknya merancang untuk menjual pakaian di kedai sendiri tahun depan.

Jane Watson juga dijemput lagi ke acara di London yang tahun ini dikenali sebagai UK Plus Size Fashion Week, yang akan berlangsung pada September depan.  – Agensi/CNA/Mynewshub/HAA

Tags: Aidilfitribaju rayabusanaFesyenpakaianSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd