• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sampul Raya Pelbagai Rekaan Serikan Sambutan Lebaran

oleh AK-47
20/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAIN baju raya, biskut raya dan juadah raya yang sinonim dikaitkan dengan sambutan lebaran, pelbagai rekaan unik dan kreatif sampul duit raya turut sama memainkan peranannya dalam menyerikan sambutan lebaran pada setiap tahun.

Kebanyakan kita memperolehi sampul raya dari pusat membeli-belah, pusat institusi kewangan selain ada juga yang menempah khas sendiri sampul raya yang tertulis nama si pengirim.

Tak kisahlah berapa jumlah not yang anda masukkan dalam sampul raya, yang penting niat serta keikhlasan si pemberi.

Sampul duit raya pelbagai warna serta rekaan memberikan pilihan mengikut citarasa masing-masing.

sampul5

sampul1

Untuk yang lebih menggemari rekaan tradisional, imej ketupat, pelita dan masjid pastinya tidak dapat lari daripada tema sedemikian.

Mencerminkan imej yang sinonim dengan sambutan lebaran kebiasannya warna hijau dipilih sebagai tema warna bagi kertas sampul yang memberikan keceriaan lebih-lebih lagi buat kanak-kanak yang berkunjung ke rumah.

Hijau dikatakan sebagai simbolik kepada perayaan Aidilfitri sementara warna merah pula lebih kepada perayaan Tahun Baru Cina yang disebut Ang Pow yang mana dipercayai merupakan permulaan kepada tradisi pemberian duit raya di kalangan masyarakat Melayu.

sampul6

Pelakon Nora Danish tidak terkecuali memilih sendiri rekaan sampul duit raya pada tahun ini yang mana tercatat namanya, ditempah khas dari pengusaha percetakan sampul raya.

Memang nampak unik dan menarik rekaan yang dipilih Nora dan teman lelaki, Nedim Nazri Aziz yang memilih konsep minimalis dalam menata rias sampul raya mereka.

nora
Rekaan sampul duit raya bertema minimalis menjadi pilihan Nora Danish dan kekasihnya, Nedim Nazri Aziz untuk diberikan kepada tetamu cilik mereka pada lebaran kali ini.

Konsep tempahan sampul raya ini boleh dibuat bagi mereka yang ingin menampakkan kelainan selain boleh direka mengikut kemahuan dan citarasa sendiri.

Selain itu, rekaan yang berlatar belakangkan watak kartun dan imej kelakar turut menjadi pilihan sesetengah pihak malah termasuk juga syarikat korporat yang mahu mencipta kelainan dalam sampul raya yang dititipkan.

sampul2
Rekaan bercorak lawak dan kartun tetap menjadi pilihan bagi mencetuskan kelainan.

sampul8

Menerusi Mudah.my, anda boleh sahaja melayari beberapa pengusaha yang menawarkan pekhidmatan sedemikian bagi kemudahan anda.

Sebut sahaja rekaan bagaimana yang anda perlukan, pasti sedaya upaya ditunaikan oleh mereka.

sampul7

Kalau dah cantik sampul raya yang dihasilkan, tentunya si cilik tidak akan membuang sampul raya sebaik menyemak jumlah not yang disertakan dalam bekas sampul.

Malah mungkin mereka jadikan sampul-sampul itu sebagai koleksi tahunan seperti mana hobi mengumpul setem yang cukup popular pada suatu ketika dahulu.

Jom semak rekaan-rekaan yang mungkin anda boleh jadikan rujukan untuk tahun hadapan sekiranya tidak sempat menempah untuk lebaran tahun ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436 Hijrah! – MYNEWSHUB.CC

sampul3
Rekaan sampul duit raya warna kuning diraja yang dikeluarkan oleh pasukan kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya. Unik bukan?
sampul4
Rekaan sampul duit raya yang dikeluarkan penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza mewakili syarikat kosmetiknya, SimplySiti beberapa tahun lalu.

sampul9

sampul10

sampul11

sampul10

Oleh:  JULIANA JOHAR 

Tags: Aidilfitrilebaransampul raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

Tambahan Kuota Minimum 5GB Percuma Pada Hari Raya Pertama

26/03/2025
0

PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI hari ini mengumumkan pemberian rebat RAHMAH tambahan kuota data minimum 5GB (gigabit) kepada semua pengguna perkhidmatan telekomunikasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd