• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yayasan Artis 1Malaysia Bantu Veteran Sambut Aidilfitri

oleh
14/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) tidak meminggirkan golongan artis veteran apabila seramai 41 orang daripada golongan itu menerima RM2,000 setiap seorang khususnya untuk perbelanjaan Aidilfitri.

Presiden YA1M, Datuk Irwan Shah Abdullah atau lebih dikenali sebagai D J Dave berkata, sejumlah RM82,000 disediakan oleh pihaknya khusus bagi membantu artis terlibat yang berusia 60 tahun ke atas.

“Pada tahun ini ada juga artis yang belum capai usia 60 tahun, tetapi YA1M beri juga bantuan kerana ada dalam kalangan mereka yang sakit seperti kanser dan terlibat dalam kemalangan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada agensi berita Bernama selepas majlis Iftar bersama Bintang serta majlis sumbangan sempena Aidilfitri anjuran YA1M di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis tahuna berkenaan ialah penyanyi Fauziah Latif, Ramlah Ram, Rozita Rohaizad, Jeffrydin serta pelakon Wan Maimunah Wan Abdul Aziz serta Sukarni Jaafar.

Beliau berkata bilangan yang menerima bantuan kelolaan YA1M pada tahun ini sebenarnya adalah lebih ramai berbanding hanya 35 orang penerima tahun lalu.

“Sumbangan ini sudah menjadi tradisi bagi YA1M setiap tahun bukan hanya pada sambutan Aidilfitri malah perayaan lain seperti Deepavali, Krismas dan Tahun Baharu Cina,” katanya. – BERNAMA/Mynewshub/HAA

Tags: 1MalaysiaAidilfitriArtisveteran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Indonesia Pertimbang Benarkan Tentera AS Guna Ruang Udaranya

Indonesia Pertimbang Benarkan Tentera AS Guna Ruang Udaranya

13/04/2026
0

Oleh Mynewshub JAKARTA – Indonesia kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk membenarkan tentera Amerika Syarikat (AS) menggunakan ruang udaranya. Menurut laporan...

Slogan DAP ‘Malaysia Untuk Rakyat Malaysia’ Semangat Sama Konsep ‘1Malaysia’ – Jamaliah

Slogan DAP ‘Malaysia Untuk Rakyat Malaysia’ Semangat Sama Konsep ‘1Malaysia’ – Jamaliah

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR - Slogan DAP 'Malaysia Untuk Rakyat Malaysia' mempunyai semangat yang sama seperti slogan '1Malaysia' Naib Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd