• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laman FB Akaun Palsu KPDNKK Pula Diwujudkan, Macam-Macam!

oleh AK-47
15/07/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA diikutkan, punca rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat baru-baru ini adalah satu salah faham apabila sekumpulan manusia berniat ingin membela nasib remaja yang kononnya ditipu oleh sebuah premis di plaza terbabit.

Namun, hakikat sebenarnya ialah remaja tersebut yang bersalah kerana mencuri dan bukannya isu barangan tiruan seperti yang digembar-gemburkan oleh beberapa pihak sebelum ini.

Cakap bab ‘barangan tiruan’, pihak utama yang ditunding jari oleh masyarakat berkaitan hal ini pastinya adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Mungkin sebab terlalu terbawa-bawa dengan isu ini, terdapat pihak tak bertanggung jawab didapati mencipta sebuah laman Facebok palsu menggunakan nama KPDNKK yang dikesan mengeluarkan kenyataan agak ‘lucu’ namun boleh menyebabkan orang ramai terkeliru lantas mengecam kementerian terbabit.

Kenyataan yang dimuat naik oleh Facebook palsu ini dilihat ingin memburuk-burukkan KPDNKK yang dikatakan tidak tegas menangani masalah penipuan di Plaza Low Yat.

kpdnkk fake 2“Setelah pihak kami menyiasat. akhirnya anggota kami hanya terjumpa telefon mainan kanak2 tidak seperti laporan yg diuar-uarkan sebelum ini. Macam mana para-para pengguna tidak tertipu, Kalau telefon mainan dengan clone pun tidak tahu beza..? Macam inikah dipanggil pengguna bijak..? Jadilah pengguna yang berpengetahuan sebelum layak mengkritik pihak KPDNKK”

Laman palsu itu juga menggunakan gambar profile yang sama dengan laman asal, cuma namanya agak berlainan.

Disebabkan hal tersebut, KPDNKK telah menafikan mengeluarkan kenyataan kontroversi itu di laman Facebook.

“AMARAN! Satu akaun palsu Facebook KPDNKK telah dikesan sejak semalam dipercayai bertujuan untuk mengelirukan orang ramai. Pihak SKMM telah menghantar laporan kepada pihak Facebook untuk sekat akaun tersebut serta laporan polis telah dibuat.

“Dimohon agar orang ramai tidak terperdaya dengan tindakan tidak bermoral ini. Akaun Facebook KPDNKK boleh dilayari menerusi alamat www.facebook.com.myKPDNKK,” kata kenyataan dari Facebook rasmi kementerian berkenaan.

Apa-apa pun, orang ramai harus berwaspada dengan laman palsu sebegini kerana maklumat yang diterima adalah tidak tepat dan boleh mengundang kemarahan jika terus dipercayai tanpa usul periksa. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzq

https://www.youtube.com/watch?v=d3cQ8YNA6RA

Tags: facebookKPDNKKlow yatTIRUAN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

Waspada Akaun Palsu Tokmat Hasan

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan kewujudan akaun palsu menggunakan nama Tokmat Hasan. Beliau yang juga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd