• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panduan Mengawal Kebocoran Tong Gas Dari Bomba KL

oleh Ahmad Albab
15/07/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kebocoran tong gas memasak boleh mengundang bahaya dan memberi impak kemusnahan yang teruk kepada pengguna sendiri malah rumah juga akan terjejas sekiranya tidak ditangani dengan betul.

Dalam mencegah bahaya dan kemusnahan akibat kebocoran gas memasak, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkongsi beberapa panduan berguna untuk orang ramai.

Beliau berkata pengguna yang hendak memasak perlulah berwaspada terhadap persekitaran tong gas dan memastikannya berada dalam keadaan selamat.

“Jika pengguna menyedari terdapat kebocoran gas, hendaklah pastikan tidak terdapat percikan atau punca api.

“Ini berikutan kandungan gas yang tinggi dan padat melepasi had yang ditetapkan iaitu had bahan letupan rendah (LEL) akan meletup dengan mudah,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurutnya, jika ada percikan api yang kecil sekalipun atau petikan suis elektrik, ia dengan mudah boleh menyambar setiap kawasan yang mempunyai sisa gas berkenaan.

Khiruddin berkata jika terlibat dalam situasi sedemikian, hendaklah membuka semua pintu dan tingkap bagi memudahkan pengaliran udara yang membolehkan gas yang terperangkap keluar dari rumah.

“Gas yang mengalami kebocoran lebih berat dan tidak akan mudah keluar dari sebuah kawasan yang tertutup…ia akan berkumpul dan tersebar ke seluruh rumah selain melekat pada pelbagai barangan seperti langsir dan sofa.

“Selain itu, kita boleh mengunakan paip air yang mempunyai semburan halus bagi meleraikan kepadatan gas tersebut…ia akan mengurangkan risiko kebakaran di dalam rumah,” katanya.

Khiruddin berkata pelbagai langkah yang boleh diambil bagi menangani kejadian gas bocor antaranya ialah dengan membuat pemeriksaan secara berkala tiub gas dan memastikan ruangan dapur mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

“Periksa tiub gas dengan menggunakan span yang diletakkan air sabun sekurang-kurangnya tiga bulan sekali dan sentiasa memastikan ruangan tempat memasak mempunyai sistem udara yang baik seperti kipas penyerap di dapur.

“Dengan adanya sistem udara yang baik, risiko kebakaran yang berpunca daripada tong gas memasak dapat dikurangkan,” ujarnya.

Beliau menambah, sekiranya seseorang itu ingin meninggalkan rumah dalam tempoh masa yang lama seperti balik ke kampung pada musim perayaan, hendaklah menanggalkan kepala gas.

“Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini,” katanya.

– BERNAMA

Tags: Bomba
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd